Selepas 6 tahun peluk Islam, Mat Dan bawa isteri dan anak tunai umrah

Personaliti televisyen, Mat Dan selamat tiba di Tanah Suci hari ini bagi menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Nadifa Adnan dan anaknya Muhammad Zayne Danial.

Menerusi laman Instagram, Mat Dan atau nama Islamnya Muhammad Kareef Daniel Abdullah memohon doa orang ramai agar urusan ibadah mereka sekeluarga akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah saya dan keluarga selamat sampai ke Tanah Haram, Masjid Nabawi, Medina.

“Alhamdulillah saya dan keluarga selamat sampai ke Tanah Haram, Masjid Nabawi, Medina.

Doa segala urusan ibadah kami sempurna dan mendapat Umrah yang mabrur, Amin.

Mintak maaf atas segala kesilapan kami sekeluarga,” tulis jejaka Inggeris yang fasih becakap dalam loghat Terengganu itu.

Rata-rata peminat dan pengikutnya mengucapkan syukur dan turut berdoa agar urusan ibadah Mat Dan dan keluarga dipermudahkan sepanjang berada di sana.

Alhamdulillah!

Semoga dapat umrah mabrur.

Comel anak mung!

Semog diberi kesihatan yang baik.

Comel je satu keluarga ni…

Personaliti berusia 30 tahun itu memeluk Islam pada 2013 dan mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 serta dikurniakan putera sulung pada 13 Mei tahun lalu.

Komen.

Alhamdulillah..Zayne kecik2 menunaikan umrah..comeyy Zayne..ibu dan ayah jugak.

Semuga bahagia hingga jannah..sentiasa d berkati Allah..amin

respect mat dan. yg lahir islam n mampu dh lme pun rmi x gi umrah lg.

Genap 10 tahun duduk Malaysia, Mat Dan ‘show off’ budaya di mata dunia. Sempat pulak Selfie dengan big boss mana tue Terbaik.

Selama 10 tahun menetap di negara ini, tidak hairan sekiranya selebriti terkenal yang fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu.

Pemilihan Mat Dan atau nama Islamnya Muhamed Kareef Daniel Abdullah sekaligus dapat mempromosikan dan memperkukuhkan lagi negeri Darul Iman itu ke persada dunia terutama di United Kingdom dan Eropah.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pemuda berasal dari Bristol, England itu memuat naik beberapa posting ketika mengadakan jelajah ekspo ke Berlin, Jerman baru-baru ini.

Berbaju melayu di Kota Berlin!

Swafoto MB Terengganu!

Mat Salleh ‘sesat’

Posting tersebut mengundang perhatian netizen yang memberikan pujian dimana rata-rata bangga dengan pemuda berusia 29 tahun itu yang berusaha gigih untuk memartabatkan warisan Melayu di mata dunia.

Kacak bohhh!

Terbaik la Mat Dan!

Segak berbaju Melayu!

Bangga ada orang macam mung!

Lebih Melayu dari orang Melayu sendiri…

Bangga dengan you!

“Bulan ni, genap 10 tahun saya menetap di Terengganu. Kalau tanya saya 10 tahun lepas untuk jadi duta atau ikon, memang saya tak sangka dan bersyukur dengan pemilihan ini,” katanya. Sumber : Instagram Mat Dan , Sinar Harian

Artikel berkaitan:2 Minggu Buka Akaun Instagram, Followers Anak Mat Dan Cecah 30k

Pengacara Mat Dan Kaki Jalan, Mat Dan atau nama Islamnya, Karief Daniel Abdullah membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya, Muhammad Zayne Tyler.

Selepas lebih dua minggu akaun itu dibuka, IG tersebut menerima hampir 30,000 pengikut.

Bayi comlenya yang berwajah pan asia itu mempunyai peminat dan pengikut tersendiri selepas dilahirkan pada 5 Mei tahun lalu.

Lelaki England yang fasih dengan loghat Terengganu itu terkejut dengan impak yang diterima serta mengucapkan terima kasih di atas sokongan ramai.

Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan Zayne cahaya mata pertama mereka yang sudah berusia lapan bulan.

Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luarbiasa rupa paras kecomelannya.Masih ingat dengan jejaka ‘Mat Salleh’ yang cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu ni?

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler,29 berasal dari Bristol, England ini cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Lelaki ‘Mat Salleh’ ini dikenali kerana videonya pernah viral satu ketika dahulu di media sosial.Mat Dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2009.

Selepas beberapa tahun tinggal di Terengganu,Mat Dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah serta memilih pasangan hidup dikalangan gadis tempatan.

Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan mendirikan rumahtangga pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.Dan kini pasangan bahagia ini telah mendapat anak lelaki pada 5 Mei lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ialah berdarah kacukan Melayu-Inggeris kecomelan anak lelaki pasangan ini yang dinamakan Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini telah berusia hampir 3 bulan, menarik perhatian ramai.Ramai yang memuji kecomelan anak sulung pasangan ini.

Sementara itu, Mat Dan berkata, dia masih belajar mengenai penjagaan bayi tetapi kian dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ayah.

“Mulanya bimbang juga untuk menghadapinya kerana pertama kali menimang cahaya mata tetapi selepas lebih sebulan menjaga Zayne, saya berasa seronok.

“Cuma rehat tidak cukup seperti dulu, saya pula menjaga Zayne pada waktu malam, setiap satu hingga dua jam sekali Zayne bangun menyusu selain menukar lampin,” katanya.

Mat Dan pernah tampil dengan rancangan TV dia sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Dia bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,000 kilometer. Malah cukup dikenali sebagai pengacara program Pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan.

Mingguan Wanita ucapkan tahniah buat Mat Dan dan isteri.Semoga anak membesar dengan sihat,dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan dalam keluarga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram Mat_Dan 1 & bharian via coretanmedia.com

Be the first to comment

Leave a Reply