Akhirnya dapat peluang untuk pakai baju kahwin saya..

PELAKON Mia Ahmad gembira apabila akhirnya dapat menyarungkan gaun putih yang sepatutnya dipakai pada majlis resepsi di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2017.

Lebih gembira, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 31, gaun tersebut masih muat dipakai tanpa melakukan sebarang perubahan.

“Akhirnya dapat peluang untuk pakai baju kahwin saya. Tiada perubahan yang diperlukan. Muat seperti sarung tangan.

Mia memakai gaun putih itu ketika sambutan hari lahir suaminya pada Jumaat lalu.

“Maaf @sayf.issa. Mommy nak perasan sekejap melayan @riri_suhairy and cik jurugambar,” kata Mia menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Gaun putih itu digayakan pada majlis sambutan hari lahir suaminya yang ke 28 tahun pada malam Jumaat.

Sebelum ini, Mia dan suaminya Mohd Izham Tarmizi Roslan terpaksa membatalkan majlis tersebut disebabkan kepadatan jadual suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Mia, dia mempunyai dua pasang baju yang sepatutnya digayakan pada majlis persandingan itu yang sudah siap sebulan awal daripada tarikh sepatutnya.

Mia bersama suami dan anaknya.

Malah, gara-gara terpaksa membatalkan majlis tersebut, pelakon itu mengakui ketika itu dia bersedih dengan keputusan berkenaan.

Resepsi itu sepatutnya diadakan selepas majlis pertama di Taiping pada 14 Januari 2017 dan yang kedua di kampung Izham di Terengganu pada 19 Mac 2017.

Mia dan Izham, 28, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Sayf Issa pada 6 Oktober tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram mia.ahmad via mstar

Be the first to comment

Leave a Reply