Ieda Moin berkahwin dengan jejaka bujang.
SIKAP matang dan bertanggungjawab yang ditunjukkan Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman telah membuka hati penyanyi dan pelakon Ieda Moin untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Menurut Ieda atau nama sebenar Siti Haida Abdul Moin, 40, sikap mengutamakan keluarga yang ditunjukkan Mohd Amril membuatkan dia bersetuju menerima lamaran menjadi isteri.
“Kami sudah kenal kira-kira empat tahun lalu, semenjak itu hubungan kami menjadi rapat dan mula serius.
“Walaupun dia muda empat tahun dan belum pernah berkahwin, tapi saya melihat dia seorang yang sangat matang dan tenang ketika berdepan sesuatu masalah.
Amril menyayangi anak tunggal Ieda.
“Apa yang membuatkan saya lebih terbuka hati menerima dia adalah kerana sikap bertanggungjawab terhadap keluarga dan sangat menyayangi anak tunggal saya,” katanya kepada mStar.
Pada 12 April lalu, pasangan ini bernikah di Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan majlis tersebut dihadiri keluarga terdekat serta teman rapat.
Sementara itu, Amril pula menyifatkan peserta program Arena Panggang ini seorang yang penyayang dan mudah untuk diajak berbincang.
Amril berjanji menjaga anak Ieda seperti anak sendiri.
Malah, dia juga tidak kisah dengan status janda yang dibawa oleh pelakon drama Budak Ijat itu.
“Ieda ini kalau tengok dekat luar memang nampak kecoh, tapi bila kenal dalaman dia memang seorang penyayang, jujur dan tak hipokrit.
“Kalau dia tak suka… dia akan cakap depan-depan, begitulah sebaliknya, jadi itu membuatkan kami mudah berkomunikasi.
Amril tak halang Ieda teruskan karier seni.
“Mungkin akan ada yang pertikaikan kenapa saya seorang lelaki bujang memilih janda. Bagi saya itu semua tak penting, sedangkan Nabi Muhammad SAW pun berkahwin dengan Khadijah seorang ibu tunggal, jadi kenapa kita tak boleh?,” ujarnya.
Terdahulu, Ieda pernah berkahwin dengan Mohamad Naquib Idris pada 4 November 2006 namun bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dhia Dania, 11.
Manakala ini perkahwinan pertama Amril.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Sumber: Mstar
Leave a Reply