Sekitar Majlis Akikah Anak Lana Nodin Yang Cukup Meriah, Turut Dihadiri Rakan-rakan Artis.

Pelakon Lana Nodin mengadakan majlis akikah dan kesyukuran untuk anak kedua, William Daud McKienzie yang dilahirkan Disember lalu.

Pelakon berusia 39 tahun itu mengadakan majlis tersebut setelah bayi lelaki itu sembuh selepas menjalani pembedahan akibat masalah injap pada Februari lalu.

Tampil sedondon bersama keluarga berwarna peach, majlis itu berlangsung meriah dengan kehadiran ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media.

Berikut antara gambar yang dikongsikan di sekitar majlis berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikut di laman Instagram miliknya.

        

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkahwin dengan Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie yang berusia 2 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Lana Nodin via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply