“Comel tapi bah4ya..” – Gara2 kucing ini, jemaah berkain pelikat dinasihatkan pakai ‘spendar’ kalau pergi masjid!

Baru-baru ini, sebuah surau di Subang Jaya telah mengeluarkan notis kepada para jemaah masjid untuk sentiasa memakai seluar dalam ketika menunaikan solat, gara-gara disebabkan seorang anak kucing.

Berita tersebut telah tular di laman Twitter, apabila dimaklumkan seekor anak kucing didapati telah menyerang beberapa jemaah yang sedang solat, dengan masuk ke dalam kain pelikat jemaah ketika sujud.

Pandai betul menyorok dalam kain!

Menurut ahli jemaah, seorang jemaah telah diserang oleh anak kucing berwarna hitam itu, sehingga kain salah seorang jemaah berpangkat haji hampir tertanggal.

AMARAN buat warga USJ 5! Diharap jemaah semua mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada.

Credit : Jemaah Tabligh Malaysia pic.twitter.com/iIAfbW0IUc

— F (@frdsh_) April 27, 2019

“Amaran buat semua warja USJ 5! Diharap jemaah semua mengambil langkah berjaga2 dan berwaspada.”

Boleh pulak ‘meow’ ni nyorok bawah kain pak aji!

“Harap ketika saya melaungkan azan dia (anak kucing) ni tak masuk bawah kain. Geli pulak, lagi pun mengundang bahaya!”

Tangkap pesalah ni pak aji!

Bahaya, tapi comel!

Muat naik ini telah mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya geli hati membaca berita ini. Kerana disebabkan seekor kucing, semua jemaah surau perlu berhati-hati.

Pernah kena, masa tahiyat akhir pulak dia pi jilat kaki aku!

Jangan lupa pakai spendar ustaz!

Comelnya, dahlah pakai stokin!

Sumber : Frdsh_ via terlajakviral

Kredit: Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply