“Saya Cuak Sebenarnya…” – Uyaina Arshad Bakal Muncul Dalam Sinetron Indonesia

Pelakon dan persoaliti TV, Uyaina Arshad bakal mencuba nasib dalam bidang lakonan di Indonesia.

Menurut Uyaina, dia telah menerima tawaran dari sebuah pihak produksi di negara jiran itu dan bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

“Saya telah menerima tawaran untuk berlakon sinetron di Indonesia, saya akan kesana untuk proses penggambaran tidak lama lagi.

“Saya cuak sebenarnya, tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk melihat penerimaan peminat di sana nanti.

“Semoga semua yang dirancang ini berjalan dengan lancar, dan saya harap nama saya diterima baik di sana” katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Uyaina bakal muncul dalam slot Mega Drama : Curi Curi Cinta yang turut menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sebagai watak utama.

Ia akan ditayangkan mulai 29 April ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram uyainaarshad via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply