“Kenapa adik tak ada daddy?” – Rita Rudaini sebak jawab soalan anak keduanya

PELAKON Rita Rudaini mendedahkan anak keduannya iaitu Arjuna pernah mempersoalkan kenapa dia tidak mempunyai bapa seperti rakan-rakan sekolah yang lain.

Menurut Rita, 43, dia perlu berhati-hati menjawab persoalan itu kerana jawapan yang diberi menjadi kekuatan dan semangat buat anaknya.

“Sayangku Arjuna, tidak pernah lelah membesarkan kamu. Di usia begini, kamu dipilih dia untuk diberi ujian kerana Dia tahu kamu kuat.

“Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu enam tahun, ‘kenapa adik tak ada daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy?’.

 

Rita perlu berhat-hati memberi jawapan kepada anaknya.

“Berhati-hati mommy jawab supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila,” tulis Rita menerusi laman Instagram miliknya.

Pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkongsi perkara itu sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya ke lapan tahun itu pada Isnin, 29 April 2019.

Rita memberitahu Arjuna tersenyum apabila dia menjelaskan anaknya seorang yang istimewa berbanding rakan yang lain.

Aktres itu juga memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan agar anaknya yang dianggap luar biasa itu sentiasa dijaga Allah.

“Sebab adik lebih istimewa daripada kawan-kawan adik. Allah sayang adik, Allah bagi adik kuat dari kecil lagi. 

Foto kenangan Rayyan dan Arjuna bersama bapanya, Aidil yang dimuat naik Rita di laman sosial.

“Cukup buat hati mommy menangis di dalam. Selamat ulang tahun sang Arjuna ku yang luar biasa. Tiada apa yang mommy harapkan, cuma doa mommy, adik sentiasa dijaganya.

“Terima kasih kerana hadir temani hidup mommy. Terima kasih Allah kerana pinjamkan adik kepadaku,” kata Rita.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini bawah jagaan Rita.

“Sedih lihat anak dipujuk bapa orang lain” – Rita Rudaini

PELAKON Rita Rudaini berkongsi perasaan sebak apabila melihat anak sulungnya, Ryan yang sedang bersedih dipujuk oleh bapa kepada rakan anaknya itu.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membiarkan anaknya duduk berseorangan selepas kecewa dalam acara sukan tahunan di sekolah.

“Dari jauh mummy dah nampak muka dia kecewa… Memang taknak tegur dan biar dia duduk sorang, ambil masa bertenang.

“Akhirnya menangis juga… mummy sebak juga sebenarnya. Sebak sebab tengok daddy orang lain pula yang pujuk dan peluk dia.

“Ryan terlampau sedih sbb dari P1, P2, P3 jadi juara rumah hijau. Tapi tahun ni jatuh nombor dua. Its okay sayang, Ryan tetap nombor satu di hati mummy,” katanya.

Kisah itu dikongsi Rita menerusi laman Instagramnya pada Khamis.

Rita bersama dua anak lelakinya, Ryan dan Arjuna.

Perkongsian Rita itu turut mendapat perhatian netizen termasuk rakan selebriti lain yang turut sebak dengan kisah itu.

Selain itu mereka turut memberi kata-kata semangat terhadap Ryan dan Rita untuk terus kuat.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 dan bercerai pada 5 September 2013.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply