Lepas Satu Kehilangan, Kau Ambil Lagi Seorang Yang Aku Sayang – Bekas Isteri PU Abu Sekali Lagi Diuji

Baru sahaja diuji apabila diceraikan semasa sarat hamil tujuh bulan, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini sekali lagi diuji apabila nenek kesayangannya pergi menghadap illahi.

Menerusi Instagram dia memberitahu bahawa neneknya meninggal pada waktu asar semalam dan dia turut memuat naik satu gambar bersama neneknya di dalam hospital.

Nanti mini lepas pantang datang Johor bawak cicit jumpa nenek. Nenek dah tak larat nak pergi rumah sana. Nanti doakan nenek kat Mekah ye, doakan nenek cepat sihat. Boleh tengok anak mini.

Antara kata-kata terakhir yang masih aku sempat dengar sebelum mulut itu hanya kaku bersama bantuan alat pernafasan. Masa mini suap nenek makan, luluh hati lihat suapan itu susah ditelan.

Nenek, ini gambar terakhir yang mini ada dengan nenek. Waktu ini nenek hanya terlantar baring, mata terkatup rapat dan hanya dengar nafas berombak sahaja.

Lepas satu kehilangan, Kau pecahkan kebisuan alam dengan mengambil lagi seorang yang aku sayang. Sungguh Kau yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu. Kuatkan kami, redhakan lah hati kami sekeluarga. Aku menjadi saksi atas kebaikan dan ketaatan nenekku diatas muka bumi ini keranaMu.

Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Asmah Salleh yang telah meninggal dunia pada waktu asar tadi. Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan dikurniakan syurgaNya.

Sumber: Ain Afini via @VIRALKAMITUBE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply