Asteroid besar ‘Dewa Kekacauan’ paling dekat dengan Bumi pada April 2029, dapat dilihat dengan mata kasar

KIRA-kira satu dekad dari sekarang, batuan ruang angkasa besar atau asteroid akan memiliki garis pertemuan yang sangat dekat dengan Bumi.

Memetik BGR, peristiwa ini dijangka berlaku pada 13 April 2029.

Asteroid yang dikenali sebagai Apophis itu akan melintasi Bumi dengan jarak hanya 31,000km (19,000 batu) dan jarak itu boleh dianggap dekat jika dibandingkan dengan jarak Bulan dan Bumi.

Nama Apophis bermaksud Dewa Kekacauan Mesir (atau Apep) yang dikaitkan dengan kematian, namun manusia tidak perlu bimbang kerana asteroid ini tidak akan menyebabkan kematian di Bumi.

Menurut space.com tempoh satu dekad akan datang akan menjadi hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh minat, bukan ketakutan bagi para pakar dan pengkaji untuk melakukan eksplorasi tentang banyak perkara.

Peristiwa ini juga merupakan peluang untuk para ilmuan melakukan eksplorasi berhubung langkah-langkah yang mungkin perlu diambil suatu hari nanti jika asteroid benar-benar menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup Bumi.

Kebanyakan objek serupa yang melintas cukup dekat sebelum ini, berukuran jauh lebih kecil.

Apophis dikatakan tidak akan memberi ancaman kepada kelangsungan Bumi.

Satu catatan yang sangat menarik adalah asteroid selebar 1.100 kaki ini akan melintas begitu dekat dengan Bumi sehingga akan dapat dilihat tanpa menggunakan teleskop.

Asteroid itu dikatakan cukup terang sehingga para pengkaji berkata ia akan dengan mudah dilihat dengan mata kasar, mirip bintang di langit, cuma ia bergerak sangat pantas.

“Kegembiraannya adalah benda besar ini hampir berlaku dalam 1000 tahun. Sebab itu ia penting,” kata seorang pakar planet dari Institut Teknologi Massachusetts Richard Binzel.

Binzel berkata ukuran dan jarak dekat asteroid juga akan meningkatkan kecerahan asteroid, justeru Apophis dapat dilihat sekitar 2 bilion manusia dengan mata kasar.

Apophis dijangka akan muncul pertama kali di langit pada waktu malam di bahagian selatan Bumi dan dapat dapat dilihat di pantai timur Australia.

Kemudian ia melakukan perjalanan ke sebelah barat untuk mencapai garis khatulistiwa pada waktu petang sebelum melintasi Amerika sekitar pukul 7 malam.

Ia bergerak sangat cepat, akan melintasi garis tengah bulan dalam tempoh kurang dari satu minit, menurut NASA.

Penting untuk semua tahu bahawa Apophis tidak menimbulkan risiko kepada Bumi semasa perjalanannya pada 2029.

Jalurnya telah diplot dan diteliti dengan sangat terperinci dan jelas pada titik ini bahawa tidak ada kemungkinan ia terkena Bumi setidak-tidaknya pada tahun 2029. –Mail Online

Nasa beri amaran potensi asteroid besar musnahkan Bumi, manusia mungkin dapat melihatnya!

AGENSI Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) memberi amaran bahawa asteroid besar mampu menghentam Bumi pada bila-bila masa semasa kita masih hidup.

Selain itu Nasa juga menyeru supaya kajian global tentang ancaman asteroid terhadap planet Bumi dilakukan.

Administrator Nasa Jim Bridenstine percaya, prospek asteroid akan memusnahkan kehidupan manusia dengan menghentam Bumi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau dilihat sebagai adegan sains fiksyen seperti dalam filem Hollywood.

Sebaliknya Bridenstine berkata Amerika Syarikat (AS) perlu memperkuatkan pertahanannya dalam berdepan ancaman meteor.

Kenyataan ini disampaikannya dalam Persidangan Pertahanan Planetary 2019 di Washington DC, Isnin.

Gesaan ini dibuat ketika Nasa, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan dan pihak-pihak lain akan melakukan latihan pertahanan di persidangan itu yang melakukan simulasi apa akan terjadi jika asteroid menuju ke Bumi.

“Kita harus pastikan semua orang faham bahawa ini bukan tentang Hollywood, ini bukan tentang filem.

“Ini tentang melindungi satu-satunya planet yang kita tahu, saat ini menampung kehidupan dan ia adalah planet Bumi,” kata Bridenstine semasa persidangan tersebut, memetik Daily Mail, Rabu.

Jim Bridenstine ketika menyampaikan ucapan Persidangan Pertahanan Planetary 2019 di Washington DC, Isnin.

Dia memberi contoh kes di kota Chelyabinsk, Rusia untuk membuktikan peningkatan keseriusan dan potensi untuk berlakunya lagi peristiwa-peristiwa seperti ini.

Meteor tersebut yang terbakar jatuh ke Bumi pernah melintasi pergunungan Ural selatan pada Februari 2013.

Ia merupakan peristiwa meteor jatuh ke bumi terbesar yang tercatat lebih dari satu abad, setelah peristiwa Tunguska tahun 1908.

Lebih dari 1,600 cedera akibat gelombang ledakan itu yang mana kekuatannya dianggarkan sekuat letupan 20 bom atom Hiroshima.

Dalam peristiwa di Chelyabinsk, asteroid berukuran sekitar 100 kaki atau 30 meter melewati Bumi dan ia dikenali sebagai Duende. 

Bridenstine berkata nasib baik Duende hanya lalu sahaja, namun kemungkinan akan kembali pada 2123.

Walaupun peristiwa seperti itu dijangka berlaku sekali dalam setiap 60 tahun, Bridenstine berkata ia telah berlaku sebanyak tiga kali dalam 100 tahun terakhir.

Melihat apa yang telah berlaku itu, dia berkata peristiwa serupa boleh berlaku dalam hidup kita pada masa depan.

“Saya sebut peristiwa ini luar biasa unik, tapi sebenarnya tidak,” kata Bridenstine.

Bridenstine berkata pertahanan planet sama penting dengan misi-misi Nasa yang lain, seperti mendaratkan manusia di bulan.

Dia menambah, Nasa sedang berusaha untuk mengesan dan mengkaji 90 peratus asteroid terdekat yang berukuran 459 kaki atau lebih besar, yang dapat menyebabkan kerosakan teruk ketika hentaman.

Sebahagian daripada usaha Nasa untuk mempertahankan Bumi daripada asteroid termasuklah misi Double Asteroid Redirection Test (DART), yang dijadualkan pada Jun 2021, termasuk bantuan dari SpaceX milik Elon Musk.

Misi inovatif ini akan menjadi usaha pertama yang ditunjukkan untuk membelokkan asteroid dengan cara menembak objek ke asteroid sasaran melalui kecepatan tinggi.

Setelah diluncurkan dari pangkalan Angkatan Udara Vandenberg California di atas roket Falcon 9 pada 2021, pesawat DART diharapkan mencapai objek Didymos pada Oktober 2022, ketika jaraknya 6.8 juta batu dari Bumi.

DART akan mensasarkan Didymos asteroid dekat Bumi, yang berukuran sekitar 2.600 kaki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply