“Gajet? Kami Hanya Benarkan Yusuf Iskandar Tonton TV Je” – Netizen Kagum Cara Hanis Zalikha Didik Anak

Bagi anda yang mempunyai anak, agak-agaknya bilakah masa yang tepat untuk mendedahkan mereka dengan gajet

Ada antara ibu bapa yang memberikan anak mereka gajet di usia yang awal. Namun, hal ini tidak dipraktikkan oleh pelakon dan pengacara Hanis Zalikha dalam mendidik anak sulungnya Yusuf Iskandar.


 
Menurut entri di Instagram, Hanis menjeleskan kebanyakkan individu berpengaruh seperti Bill Gates mendedahkan gajet kepada anak mereka hanya apabila mencecah usia 14 tahun.

Menurutnya, dia kini masih lagi mencari kaedah terbaik dan buat masa ini Yusuf hanya didedahkan dengan rancangan televisyen sahaja.

“Jadi dia tiada pilihan nak suruh kita tukar-tukar. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan coklat Apollo terbang banyak kat angkasa.

“Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful. / Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan. / Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa. / P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

 
Rata-rata warganet memuji dan bersetuju dengan tindakan Hanis menyekat penggunaan gajet terhadap Yusuf memandangkan usianya masih kecil.

Pada yang tidak tahu, kanak-kanak yang terlalu kerap didedahkan dengan teknologi terutama aplikasi dalam gajet terdedah dengan masalah obesiti, penglihatan dan tahap kecergasan.

suka care u didik yusof..
 

bagi yusof enjoy zaman kanak2 dia sulu..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply