Pengantin perempuan yang tul4r kerana tidak gembira dengan jurusolek pada hari perkahwinan ditawarkan solekan semula

Seorang pengantin perempuan di Chai Nat, Thailand telah meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang solekan pada hari perkahwinannya di laman media sosial.

Darika Klinkuhlab telah mendapatkan pakej solekan hari perkahwinan dan pakaian pengantin daripada kedai andaman yang sama untuk hari perkahwinannya 13 Mei yang lalu. Dia memilih kedai ini yang baru dibuka kerana ianya lebih berdekatan dengan rumahnya.

Namun, semasa hari perkahwinannya, dia terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum dia mula disolek. Walaupun dia sangat tidak berpuas hati dengan solekannya, ianya sudah terlalu lambat untuk memperbetulkannya dan majlis akan bermula.

Dia telah memuat naik gambar perkahwinannya ke laman media sosial dan memberitahu semua bakal pengantin untuk memilih jurusolek yang baik supaya tidak rasa menyesal. Kisahnya itu kemudian menjadi tular.

Tidak lama kemudian, dia telah dihubungi seorang jurugambar profesional yang bernama, Park Eun Young.

Park telah menawarkan untuk memberikannya jurusolek, penghias rambut dan baju pengantin baru untuk menghasilkan semula hari perkahwinannya yang tidak sempurna itu. Dia menjanjikan kenangan yang manis, dengan percuma!

Asalnya, Darika menolak tawaran itu kerana rumahnya jauh daripada Bangkok. Namun, jurugambar itu bertegas dan mereka menerima tawaran itu.

Park Eun Young telah berkongsi gambar pengantin baru itu di akaun Facebooknya dan menceritakan betapa gembiranya dia dan rakan-rakannya kerana dapat membantu pengantin baru itu.

Ini merupakan gambar pengantin baru itu yang baru. Cantik, bukan?

Ye la siapa yang tak mahu cantik pada hari istimewa kan. kesian dia. tapi untungla boleh kahwin 2 kali. yang kali kedua ni cantik nya. macam model tu. nasib la ada peluang kedua datang bergolek. dah baca? terima kasih

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber :Era Baru / cokelatputih.com

Be the first to comment

Leave a Reply