Saya berkemungkinan berbadan dua – Scha Alyahya

Gambar yang dimuat naik Awal dalam laman sosial miliknya membuatkan peminat berteka-teki sekiranya Scha sedang berbadan dua.

Gara- gara rekaan baju yang berkedut pada bahagian hadapan, ada yang menggambarkan pelakon Scha Alyahya kini sedang berbadan dua.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Hi awak. Dah lama rasanya tak dating ? @awalashaari . wearing @jakeltextile pegi dating

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Gambar yang dimuat naik suaminya, Awal Ashaari itu menerima komen peminat yang bertanyakan sama ada keadaan perutnya yang sedikit ke depan memberi makna mereka sedang menantikan anak kedua.

Bertemu dengan Scha, 35, pada pentas akhir program Lagu Cinta Kita di Shah Alam sebentar tadi, Scha menjelaskan dia masih belum mengandung.

Bagaimanapun kongsi Scha, dia tidak menafikan sedang menantikan saat-saat indah untuk kembali berbadan dua.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Oh so comfy @jakeltextile

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

“Memang itu yang kami sekeluarga mahukan. Saya memang mahu mengandung. Jangan risau kalau mengandung memang saya akan kongsikan dengan semua.

“Namun buat masa ini belum ada rezeki. Harap mereka di luar sana terus doakan kami,” katanya.

Tidak menolak dia dan Awal sedang memberi fokus untuk menambah ahli keluarga, kata Scha buat masa ini dia masih belum menjalani sebarang rawatan alternatif.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Seroja Kurung @afiqmofficial. Thank you Maam @yiulin ?

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

“Memang menjadi fokus kami sekarang untuk menambah ahli keluarga. Antara sebabnya faktor umur.

“Apa pun buat masa ini kami masih belum mencari alternatif lain,” jelasnya lagi.

Sementara itu, program Lagu Cinta Kita dimenangi pasangan Naqi dan Ayuni sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Naqi dan Ayuni menewaskan tiga lagi pasangan lain yang turut layak ke pentas akhir.

Program dihoskan oleh Nana Mahazan dan juri profesional terdiri daripada Scha Alyahya dan Hael Husaini manakala juri jemputan ialah Syafiq Kyle. – MHE TV

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

My kurung from @mekkembangcotton and Cali in powder blue by #schaxchristyng #3darapingitan

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Sumber: MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply