Selepas hangat isu artis wanita mula membuka tudung, pelakon Hanez Suraya akui dia juga turut terkena tempias. Meskipun masih utuh dengan penampilan menuntup rambut, namun ada dalam kalangan warganet yang menjangka Hanez bakal mengikut langkah sama kembali tidak berhijab.
Akui sedikit kecewa dengan pandangan tersebut, Hanez dalam masa sama mohon agar semua peminat mendoakannya terus istiqamah. Dia juga sedar banyak lagi kekurangan dalam dirinya yang perlu diperbaiki.
“Ramai yang menghantar pesanan dalam laman sosial seolah-olah mendoakan agar saya pula buka tudung tidak lama lagi. Mereka berkata demikian semenjak saya mula berturban dalam beberapa majlis.
“Mereka boleh berkata apa sahaja. Namun dengan sokongan suami dan keluarga, semoga saya akan terus istiqmah memakai tudung.
“Jika ada kekurangan dalam diri ini, tegurlah secara berhemah dan saya masih belajar memperbaiki diri menjadi lebih baik,” ujar Hanez.
Melihat beberapa orang rakan artis yang mengambil keputusan tidak lagi berhijab, Hanez tidak mahu komen lanjut. Dia juga mengharapkan orang ramai tidak terlalu menghukum dengan kata-kata yang boleh mengguris perasaan seseorang.
“Saya tidak berani komen isu ini kerana saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku kepada saya nanti. Doakanlah yang terbaik buat mereka. Semoga hati mereka kembali untuk bertudung.
“Janganlah selalu menghentam kerana kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka,” jelas Hanez yang ditemui ketika majlis pelancaran pewarna bibir jenama Cake Pop miliknya.
Dalam perkembangan lain, Hanez kini sedang menanti kelahiran anak kedua yang dijangka lahir awal Julai nanti. Hanez berkahwin dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais pada Mac 2015 dan pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata bernama Puteri Aleesya.
Sumber : MHE TV
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia
Leave a Reply