“Orang Tanya Mana Anak Angkat Saya, Tiba-Tiba Hilang” – Zulin Aziz

Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz mendedahkan dirinya gemar melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan yang melibatkan kanak-kanak, lapor HLive!

Pernah mengambil anak angkat tahun lalu, Zulin kini kembali solo kerana anak angkatnya sudah dipulangkan kepada keluarga asal semula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah kau lindungilah mereka, Semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah,amin ya rab ? @khalizah_alihan @iqanasra @diyanaamira #yayasankhalaz

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Saya memang sukakan kanak-kanak. Saya terlibat dengan charity berkenaan mereka kerana saya sukakan budak-budak.

“Kalau ada yang tahu, saya pernah mengambil anak angkat. Orang tanya juga, mana anak angkat saya, tiba-tiba hilang?

“Sebenarnya, anak angkat saya sudah bersama dengan keluarganya semula kerana dia sudah mempunyai keluarga baru.. Maksudnya keluarga sendiri. 

“Ibunya sudah berkahwin lain, dia sudah mempunyai bapa baru dan kini dia kembali kepada keluarganya. Syukur Alhamdulillah, jadi saya pulangkan dia kepada keluarganya semula,” kata Zulin.

Mengakui proses untuk mengambil anak angkat sangat agak sukar, Zulin membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan. 

“Saya bertindak untuk melibatkan diri dengan kerja kebajikan melibatkan kanak-kanak sahaja. Untuk kembali mengambil anak angkat, itu satu tanggungjawab besar.

“Pelbagai kes berlaku melibatkan pengambilan anak angkat. Saya juga masih solo, nanti satu hari saya akan ada anak sendiri juga.

“Saya fikirkan semula, banyak perkara yang bermain di minda. Jadi apa yang saya boleh lakukan sekarang, jika saya mahu bermain dengan kanak-kanak, saya boleh libatkan diri dengan aktiviti kebajikan untuk menghabiskan masa bersama mereka,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Zulin Aziz via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply