Status rumah tangga, Haniff Hamzah akan jelaskan masanya nanti, enggan anak-anak terkesan

Haniff Hamzah enggan mengulas hal rumah tangganya, bimbang anak-anak terkesan.

PENYAMPAI Era Fm, Haniff Hamzah berkata dia akan menjawab hal berkaitan hal rumah tangganya dengan Wan Nor Katherina yang didakwa bermasalah pada masa yang sesuai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

8am di Johara akan kami buktikan kami tak takut di cabar. 3 minggu dah buat hal kenakan orang. Its time kami pulak kena. BRING IT ON @alifsatar #benarataucabar #JoharaPagiEra

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on

Bagaimanapun, Haniff, 34, berkata, status sebenar rumah tangganya sudah diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Mengenai status, saya sudah jelaskan kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat dan saya lebih selesa berkongsi dengan mereka sahaja.

“Saya akan keluarkan kenyataan itu bila tiba masanya nanti.

“Kalau anda nak tanya mengenai kerja, saya boleh jawab tapi jika ianya mengenai kehidupan peribadi, saya tak mahu keluarkan sebarang kenyataan,” katanya kepada mStar.

Tambah Haniff, dia juga enggan memperbesarkan isu rumah tangganya itu kerana bimbang akan memberi kesan terhadap dua anaknya yang masih bersekolah.

 

Hasil perkongsian hidup Haniff dan Wan Nor Katherine dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

“Saya harap anda memahami keadaan kami yang mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah.

“Kami tidak mahu memperbesarkan isu ini hingga buat ramai orang bercerita mengenainya.

“Jika nak beri kenyataan, kami perlu lakukannya bersama kerana kami masih mempunyai anak-anak. Jadi tidak adil sekiranya saya mengeluarkan kenyataan sendirian. Bila tiba masa yang sesuai, kami akan umumkan,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku tak biasa handsome camni. Ini pon @radin_era ajar. Like kalau rasa pose ni Onz RT kalau rasa pose ni tak Onz

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on

Desas-desus rumah tangga Haniff dan isterinya mula dihidu apabila kedua-dua mereka mula memadam foto masing-masing di laman sosial.

Haniff mendirikan rumah tangga bersama Wan Nor Katherina, 36, pada 12 Jun 2010.

Hasil perkahwinan yang dibina selama 9 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff, 7, Jebat Kaliff, 5.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The chair of shame. @hitz menang cabaran jual kopi so harini aku kena denda. Tunggu video di @era.je

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply