Pernah kegvguran, kali ini Ika Nabella mahu rehat sepenuhnya daripada ‘shooting’

Ika Nabella tidak berniat untuk berhenti berlakon walaupun selepas bergelar ibu.

Ika Nabella sama sekali tidak menyangka diberi rezeki hamil kerana terlalu sibuk dengan jadual seninya yang padat sejak tahun lepas sehingga Mei. Bercakap kepada MHE TV, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini mengetahui akan kehamilannya sewaktu sedang menjalani penggambaran drama di Terengganu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This is Adawiyah & her sister Aliah in #PatahSayahBertongkatParuh Gigih kan I nk sama2 gebu mcm @fashasandha sanggup curi lighting mentari ? Natural Lashes by @bubblegumlash_

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

“Saya sendiri tak sangka sedang mengandung. Jadual pun back to back, baru habis shoot filem, baru balik dari Singapura untuk satu kempen produk dan terus sambung beberapa event kat KL.

“Lepas tu saya out station ke Terengganu untuk satu telemovie. Kat sana lah dapat tahu yang saya mengandung. Sebaik tahu tentangnya, saya terus batalkan semua projek yang lain. Mujur waktu tu tinggal dua hari lagi baki shooting.

“Sekarang dah masuk second trimester, Alhamdulillah badan dah rasa okay sikit. Masa awal-awal dulu, doktor sarankan untuk rehat secukupnya. Memang saya hentikan semua aktiviti seni dan duduk di rumah sepanjang awal kehamilan,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#PatahSayapBertongkatParuh Coming soon to you on megadrama @astromalaysia

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Kongsi Ika lagi, memandangkan dirinya pernah mengalami keguguran sebelum ini, doktor menasihatkan supaya lebih banyak berehat untuk kandungan kali ini.

“Ini adalah pengalaman hamil kali kedua. Kandungan sebelum ni tak ada rezeki, cuma bertahan sembilan minggu. Jadi kali ni saya memang nak jaga betul-betul, makan suplemen yang doktor berikan dan paling penting rehat secukupnya.

“Untuk sementara waktu ni, saya berehat sepenuhnya daripada shooting drama. Bulan puasa ni saya cuma memenuhi jemputan event yang hanya ambil masa dua hingga empat jam sahaja,” ujar Ika yang belum sedia berkongsi usia sebenar kandungannya.

Bersyukur diberi rezeki hamil kali kedua, Ika mohon doa ramai agar bayi dalam kandungan sihat dan sempurna.

Seperti bakal ibu yang lain, harapan yang sama dipanjatkan agar bayi dalam kandungan sihat akal fikiran dan sempurna fizikal. Doa Ika juga semoga dipermudahkan urusan bersalin dan menguruskan anaknya nanti.

“Selepas habis pantang, bila badan pun dah sihat, dah kurus, saya sedia untuk kembali berlakon di samping membesarkan anak. Saya akan tetap teruskan karier seni, tak ada niat pun untuk berhenti berlakon,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ika juga sedang menanti beberapa drama terbaharu yang bakal ditayangkan dalam masa terdekat dan akan tampil dengan sebuah filem berjudul Takut Ke Tak pada bulan Julai atau Ogos ini.

“Saya menaruh harapan tinggi untuk filem ini sebab jalan ceritanya sangat berbeza dengan filem komedi seram yang pernah ditayangkan. Saya memang all out dan sangat berbangga menjadi sebahagian daripada team ini.

“Kalau nak tahu, saya juga akan menyanyikan lagu tema untuk filem ini,” kongsi Ika yang akan terbabit dalam rangka promosi filem tersebut selepas Syawal nanti. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply