Hubungan Dengan Syed Abdullah Dikatakan Terlerai, Emma Maembong Kini Did4kwa Sedang Rapat Dengan Rapper Chindian?

Sedang Miss K bergegas nak kemas barang untuk pulang ke rumah dari pejabat tadi, telefon pintar Miss K berdering, menandakan ada e-mel baru masuk.

E-mel tersebut datangnya dari seorang lelaki bernama Zizi yang membawakan khabar mengenai aktres cantik, Emma Maembong.

Dakwa Zizi, hubungan Emma dan teman tapi mesranya, Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq telah menemui jalan buntu.

Dengarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan dan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Miss K pun hairan juga… Ye lah, kan Emma kata dia tak ada hubungan istimewa dengan Abdullah, tiba-tiba ada orang kata dah putus…

Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai… Tapi tak mengapalah, tak ada jodoh kan, nak buat macam mana…

Tapi, Zizi ada memberikan satu info terbaru juga. Dakwa Zizi, Emma kini sedang rapat dengan seorang rapper yang berdarah campuran Cina dan India… Ala, Chindian gitu.

Rapper yang bernama Ashtin tu pernah muncul dengan album yang berjudul ‘Chindian The Album’ dan antara lagu popularnya ialah Ngam, kolaborasi bersama Altimet.

Ashtin juga pernah tampil dalam salah satu episod 16 Baris yang disiarkan di laman YouTube.

Dakwa Zizi lagi, Emma turut sempat bercuti ke Hong Kong bersama Ashtin pada penghujung April lalu.

Percutian itu juga disertai oleh adik Emma, Chacha Maembong dan beberapa rakan lain.

Wah, betul ke apa yang didakwa Zizi ni Emma? Kalau betul, Miss K doa yang baik-baik sahaja untuk Emma ya.

Miss K: Makin best pulak drama bersiri Cvri-Cvri Cinta ni… Geram betul dengan Intan!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Gang gang.

A post shared by Ashtin (@ashtinonthemic) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Low key, low profile but never low on confidence.

A post shared by Ashtin (@ashtinonthemic) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

@andreaclothinghq ?

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Sumber  : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Be the first to comment

Leave a Reply