D3rita Lvmpuh Otak Tak Halangnya Hafaz 30 Juzuk Al Quran, Video Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Terharu Menitiskan Air Mata

Tidak tergambar dengan kata-kata akan kebesaran Allah. Bagaimana seorang anak yang mend3rita penyakit lvmpuh otak (Cerebral Palsy), mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran tanpa gagal. Di dalam fikirannya umpama terhampar lembaran demi lembaran kitab suci itu.

Hafiz cilik yang dikenali sebagai Naja berusia 9 tahun dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu merupakan salah seorang peserta Hafidz Indonesia 2019. Siapa sangka dalam keterbatasan fizikal dan mental sejak dari kecil, Allah mengurniakan anugerah luar biasa kepada anak ini.

 

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, hanya sepotong ayat yang disebutkan oleh juri, Naja mampu meneka surah dari ayat tersebut hingga halaman keberapa. Walau beberapa kali diuji, kesemua jawapan tetap diberikan tepat menyebabkan ramai yang merasa kagum hingga mengalirkan air mata.

Menurut ibunya, Naja pada mulanya dilahirkan normal. Kedua-dua ibu bapanya tidak mengetahui keadaan Naja sehinggalah dia disahkan oleh doktor mengalami ‘celebral palsy’ iaitu kelvmpuhan otak setelah perkembangannya tidak seperti bayi lain.

Ibunya sama sekali tidak menyangka dengan kekurangan yang dimiliki Naja, dia  mampu menghafaz Al-Quran dalam tempoh yang cepat. Malah, halaman demi halaman dalam setiap surah juga tidak pernah diajarkan kepada anak itu.

Tonton video di bawah. Ramai yang mengalirkan air mata terharu!

Sumber : Tribun Ramadan via siakapkeli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply