Gambar terkini pelakon kanak2 terkenal Fimie Don yang dah besar remaja!

Diam tak diam, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Dan begitu jugalah halnya dengan pelakon kanak-kanak Fimie Don, yang pernah popular dengan drama Hikayat Putera Shazlan yang kini sudah menjadi pelakon remaja.

Fimie mula berlakon sejak kecil lagi. Beliau ialah sepupu kepada Nik Muhammad Farith Adruce.

Untuk info, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie bin Saedon, lahir pada 13 Februari 1998 dan telah berlakon puluhan drama dan filem antaranya ialah Magika (2010), Senario Asam Garam (2010), 8 Jam (2012), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Hikayat Putera Shazlan, Bong dan banyak lagi.

Fimie satu-satunya orang yang telah berjaya menjadi pengacara bagi rancangan bual bicara secara langsung yang dikenali sebagai Nasi Lemak Kopi O selama dua tahun setengah, di samping menjadi pengacara bagi Adik di 9 dan kini diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak TV9.

Lantaran percayakan bakat yang ada pada Fimie Don, beliau diberi peluang menjadi pembaca berita untuk Berita Adik yang disiarkan di TV9 pada setiap hari dari jam 2.28 minit petang

Pelakon watak utama dalam filem Sereem arahan Bob Singah pada tahun 2008. Akan tetapi, hingga kini filem tersebut masih tidak dapat ditayangkan. Beliau kini diberi peluang lagi oleh KRU dalam filem keluaran arahan Edry Halim bertajuk Magika dengan diberi watak utama bersama Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M.Nasir serta pelakon lain.

Dengan bakat yang dimiliki beliau, beliau diberi lagi kepercayaan oleh Pengarah terkenal Prof. Dr. Hatta Azzad Khan untuk membawa watak utama dalam filem Senario Asam Garam terbitan MIG.

Kemudian dalam pencarian watak utama kanak-kanak dalam filem CE1 terbitan Hes Communication, Fimie Don telah ditawarkan watak tersebut dan pada tahun 2011 telah dijemput sekali lagi oleh MIG bawah arahan Ahmad Idham untuk filem aksi terbaik untuk 2012 bertajuk 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam semasa kecil yang bernama Alang.

Pada tahun yang sama juga, Fimie Don sekali lagi ditawarkan watak Shaheizy Sam semasa kecil untuk filem S.A.M arahan pengarah termuda Syafiq Yusof anak kepada Dato Yusof Haslam. Filem 8 Jam berada di pawagam pada 5 Julai 2012 manakala S.A.M pada Hari Raya pertama 2012.

Gambar masa kecil :

Gambar terkini ;

Sumber  : Myartis & Wikipedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply