“Tak Lupa Daratan, IC Saya ‘03’ Kot” – Tiada Slang British, Ini Komen Padu Athisha Khan Adik Kepada Neelofa

PELAKON Fahrin Ahmad tidak menyangka wanita dalam foto yang pernah bergambar bersamanya 17 tahun lalu iaitu Elena Eleas kini menjadi isterinya.

Menurut Fahrin, 40, foto itu dirakam ketika dia dan isteri menjadi pemenang pakaian terbaik dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan di kampus mereka.

“Masa ni Elena poyo dan jual mahal, dia tak tahu yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian. Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.

“Kami memenangi anugerah pakaian terbaik lelaki dan perempuan di majlis makan malam matrikulasi di Institut Teknologi Mara, Shah Alam (kini dikenali UiTM).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

EPIC! 20 TAHUN LAMPAU – MASA NI @elenaeleas POYO JUAL MAHAL, ? DIA TAK TAU YANG SEBELAH DIA TU BAKAL SUAMI DIA 17 TAHUN KEMUDIAN ???? Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.. Matriculation Dinner Night ITM Shah Alam & both of us won Best Dress Male & Female that day.. WE ARE NO FREN, JUST BATCH MATE Jangan main2, kain samping senteng uolz! **REPOSTED from @elenaeleas – Happy 40th Birthday to the handsome man in BLUE ?❤ @fahrinahmad_fa #ILOVEYOU ??? **picture taken during our Law Faculty dinner 20 years ago – “my classmate and i” ?? sayang,kenapa you nak amik gambar dgn i masa ni? I tak fren you pun ????? takpe la.. AND Happy 4th Anniversary to us !!! Love you Sayang…So so much ??? ??? #9may2015 #myhusbandandi ? #fahrinelena #khalifafahrel #happy40thbirthday #happy4thanniversary #9May

A post shared by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa) on

Fahrin dan Elena berkongsi foto di Instagram.

“Kami tak berkawan, hanya batchmate. Jangan main-main, kain samping senteng you all,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Elena pula menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik foto yang sama berserta kapsyen ucapan istimewa bersempena ulangtahun kelahiran suaminya itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Happy 4th Anniversary sweetheart @elenaeleas .. ?? Each year, the memories and being with you, having you by my side is the greatest birthday gift for me.. No words to describe how i treasure you… I ? YOU ALWAYS AND FOREVER – 9TH May 2019

A post shared by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa) on

“Selamat hari jadi ke-40 kepada the handsome man in blue Fahrin Ahmad. I love you. Gambar ini diambil semasa makan malam fakulti undang-undang.

“Sayang kenapa you nak ambil gambar dengan I masa ni? I tak kawan you pun… tak apalah selamat ulangtahun ke-4 untuk kita. Love you sayang!,” kata Elena.

Keluarga bahagia… Fahrin bersama isteri dan anak.

Rata-rata pengikut terhibur dengan kapsyen yang ditulis pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini dan mendoakan supaya perkahwinan mereka berkekalan selamanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Us ? … My precious… #fahrinelena #khalifafahrel

A post shared by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa) on

“Tak sangka jodoh kan? Kenapa anda tak perasan yang anda berdua sebenarnya seiras sejak 17 tahun lalu.

“Jodoh tu rahsia Allah, kadang-kadang depan mata je, cantik sungguh perancangan Allah,” komen pengikut.

Fahrin berkahwin dengan Elena Hani Eleas, 39, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia tiga tahun.

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply