
Walaupun baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua 18 April yang lalu, kasih sayang Syatilla Melvin terhadap anak bujangnya tetap tidak berbelah bagi. Syatilla sering memuat naik video gelagat Syeriv di laman instagram milik Syeriv dan rata-ratanya meraih perhatian netizen.
Tidak kalah dengan kedua ibu bapanya, Sam dan Syatilla, Syeriv atau nama penuhnya SyerivSamheizy B. ShaheizySam turut memiliki akaun instagram sendiri dan sekarang hampir mencecah 1 juta pengikut.
Terbaru, Syatilla memuat naik video Syeriv yang berpakaian perempuan iaitu gaun adik perempuannya. Dengan rambut yang diikat di atas kepala memperlihatkan Syeriv persis seperti kanak-kanak perempuan yang comel. Malah, jika orang tidak mengenalinya, pasti akan mengatakan Syeriv seorang kanak-kanak perempuan.
Bukan sahaja Syatilla, malah netizen turut terhibur dengan telatah dua beranak tersebut ditambah lagi dengan gelak ketawa Syatilla yang kedengaran dari video.
VIDEO :
View this post on InstagramTak tau la angin apa tiba2 nak pkai baju adik dia??♀️mungkin dia nmpak lain dari collection dia??
Komen netizen :
Bubu gelok yang tak tahan tu.hahaha syomell laaa awak syeriv
Konpius kejap td.. baby girl mana ni muka mcm syeriv
haha. pakai baju gegurl pun comel
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber : Instagram syerivsamheizy
Leave a Reply