Alhamdulillah! Kerajaan Melaka Muncul Taja Kos Penerbangan Ainul Mardiah Ke UK!

Kerajaan Melaka Taja Kos Penerbangan Ainul Mardiah Ke UK, Bakal Jalani Pembedahan Dalam Masa Terdekat

Baru-baru ini viral kisah penderitaan bayi berusia 9 bulan menghidap k4nser mulut Germ Cell Tum0r sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malah, Dr Amalina Bakri dan pasukannya di United Kingdom (UK) sudah bersedia membantu dan merawat penyakiit yang ditanggung adik Ainul Mardhiah itu.

Ketua Menteri Melaka, YB Adly Zahari menerusi laporan Metro bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan mereka sekeluarga ke UK dalam waktu terdekat.

Bantuan dari kos penerbangan

Ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah berasa sangat gembira apabila mendapat khabar anak mereka akan diterbangkan ke UK dalam masa terdekat. Malah, bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan berbentuk sumbangan bagi menanggung kos rawatan anaknya.

YB Adly Zahari turut bersimpati dengan penderiitaan yang terpaksa ditanggung bayi 9 bulan itu.

Secara dasarnya, kita sudah menetapkan bahawa kita akan bantu bagi memudahkan urusan keluarga itu ke luar negara. Di peringkat kerajaan negeri, kita sudah ambil perhatian dan akan bantu.

Memandangkan kos pembdahannya agak tinggi sejumlah RM1 juta, kita cuba beri bantuan dalam bentuk pembiayaan kos pengangkutan serta penerbangan keluarga itu di UK.

Kos rawatan mencecah lebih RM1 juta

Ibu bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut terima pesanan daripada Dr Nur Amalina menerusi aplikasi WhatsApp supaya segera membawa anak mereka menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRl).

Ahmad Safiuddin (bapa) berkata sumbangan derma yang diterimanya akan digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos pembdahan anak mereka di UK yang dianggarkan mencecah lebih RM1 juta.

Saya dan keluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin terhadap nasib anak saya.

Diminta untuk kami ready dan standby

Bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut kongsi rasa terharu menerusi laman Facebooknya. Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas keperihatinan mereka terhadap anaknya.

Dia juga berkongsi pesanan dari Dr Amalina untuk mereka sekeluarga bersiap sedia dalam segala urusan membawa adik Ainul Mardhiah ke UK.

Kami mendoakan segala urusan dan rawatan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan. Amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Metro, Ahmad Saifudin via celotehsaje.com

Be the first to comment

Leave a Reply