Kenapa Pokok Semalu ‘Menguncup’ Apabila Disentuh? Ini Jawapannya

Siapa yang tidak kenal dengan pokok semalu, tumbuhan renek yang menguncup bila disentuh. Tumbuhan yang mempunyai bunga seakan-akan dandelion ini sering menarik perhatian kanak-kanak di tepi padang permainan disebabkan keunikannya.

Pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica turut dikenali dengan nama zombie plant, touch-me-not dan putri malu. Tahukah anda, mengapa daun semalu menguncup bila disentuh atau terkena hujan?

Pergerakan semalu setelah disentuh dikenali sebagai thigmonasti. Dalam tindak balas mekanosensori, air dalam sel tumbuhan menghasilkan tekanan turgor, tekanan pada sel dinding yang membuatkan tumbuhan dapat ‘berdiri’ tegak.

Apabila anda menyentuh atau menggoncang pokok tersebut, bahagian bawah tangkai daun yang dikenali sebagai pulvinus diaktifkan. Rangsangan dari luar menyebabkan bahagian tumbuhan tersebut membebaskan ion potassium, membuatkan air dan elektrolit keluar daripada sel tumbuhan dan menyebabkan tekanan turgor sel berkurang.

 

Apabila tekanan berkurang, sel akan mengecut, menyebabkan daun menjadi kuncup.

Respon pulvinus setelah daun disentuh. (Gambar: Research Gate)

Kenapa perlu menguncup?

Tahukah anda, proses penguncupan ini memerlukan tenaga dari pokok semalu dan mengganggu proses fotosintesis tumbuhan tersebut? Jadi, mengapa ia menguncup sedangkan ia satu proses yang ‘memenatkan’?

Setakat ini, saintis masih belum dapat menjelaskan punca utama proses tersebut berlaku, namun mereka percaya ianya berfungsi sebagai mekanisme perlindungan daripada haiwan herbivor yang cuba memakannya.

KHASIAT POKOK SEMALU

1) Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. 
 
1. Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
2. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah ‘makan air’ pada kaki dan tangan.
3. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,
 
2) Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.
 
Sumber daripada uttervin4u
 
3) Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu). 
 
Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat ‘makan air’ atau istilah saintifiknya Athlete’s foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. 
 
Sumber daripada Greenfingers
 
4) Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.
 
Sumber daripada Forrest Dweller

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Science Abc , Pangkin Nenek

Be the first to comment

Leave a Reply