“Dewi Remaja Amat Dekat Di Hati Saya, Sampailah Sekarang,” – Neelofa Throwback Zaman Dewi Remaja 8 Tahun lalu

“Jadi diri sendiri dan jangan ‘tune’ atau cuba untuk menjadi orang lain.” Itu pesanan Juara Dewi Remaja 2010, Neelofa buat kesemua para finalis edisi terbaru.

Terang Neelofa kepada MH, dia sudah berpeluang untuk bertemu dengan kesemua mereka ketika mengacarakan program MeleTop dan mendapati ada di antaranya yang sudah punya potensi besar.

“Saya berpeluang bertemu dengan mereka di MeleTop dan setakat ini, ada di antaranya yang kian nampak potensi. Cuma gemar saya tekankan, mereka bertuah kerana mempunyai saluran media sosial bagi mempromosikan diri,” katanya.

Ditanya apa momen paling bermakna buat dirinya, usahawan ini mengakui pada ketika itu, dia masih lagi ‘hijau’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#MHTrivia Kalau korang nak tahu, sesi photoshot untuk cover Majalah Remaja Edisi Dewi (zaman Raysha Rizrose) ni, kami sudah shoot Neelofa awal. . Bagaimanapun, ketika proses menyiapkan naskah ini, Lofa membuat keputusan untuk mengenakan hijab. Bimbang jadualnya yang terlalu pada atau mungkin terbang ke luar negara,Lofa secara profesional sudi hadir sekali lagi untuk reshoot meski edisi ini hanya tinggal few days untuk print. . So, ini adalah cover pertama yang menampilkan Lofa dalam hijab. Thats why we LOVE her. Fuhhh nasib baik! #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

“Maksudnya saya tidak terikat atau terpengaruh dengan mana-mana perkara luar. Jadi bila sertainya dengan finalis lain, kami bermula segalanya serba baru. Misalnya banyak perkara yang saya mulakan sebagai peserta Dewi Remaja.

“Malah, kami ibaratnya berada pada aras dan platform yang lebih kurang sama. Jadi sebab itulah Dewi Remaja amat dekat di hati saya, sampailah sekarang.

“Saya bangga untuk menyatakan saya pernah menjadi  salah seorang peserta Dewi Remaja,” akhiri Lofa.

Jadi, buat peminat Dewi Remaja edisi terbaru, jangan lupa untuk menonton program realiti ini setiap Ahad, jam 10.30 malam di Astro Ria.

Foto: Instagram Neelofa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply