‘Alhamdulillah, Suka Tengok Sharnaaz dan Noor Nabila Bersama Kembali !’ – Netizen

Spekulasi yang melanda rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sebelum ini terjawab apabila Sharnaaz telah memuat naik foto bersama isteri dan anaknya. Menerusi Instagram, gambar mereka bertiga itu turut bersama dua orang wanita yang telah bantu membelikan nasi ganja Ipoh untuk juadah berbuka puasa.

Mereka berada di Perak

“Kepada dua manusia hati mulia ni, sy teringin nak makan nasi ganja ipoh, sy dari penang, check waze boleh sampai 5.30pm.. tapi kedai tutup 5.30… nabila post lah dalam ig mintak tolong sapa boleh tolong pi beli sat and tunggu, munira dgn mazuin ni dengan pantas tolong dan orderkan.. lepas tu sekupang pon takmau ambik,dia belanja pulak… sy terhutang budi sungguh lah, nanti sy belanja awak dua berbuka atau raya pulak naa.. dia kata nak ambik gambaq dgn jebat ja, jebat pun lena tu lah haih.. nanti tag sy, mai raya dirumah nanti naa.. di penang semestinya..” ujar Sharnaaz Ahmad.

Menerusi posting tersebut, Sharnaaz melahirkan rasa terhutang budi terhadap dua orang wanita yang bermurah hati kerana menolongnya membeli nasi ganja Ipoh. Gambar yang dimuat naik bersama-sama itu mempamerkan wajah Sharnaaz dan Nabila yang tersenyum seakan sedang mengecapi kebahagian semula.

‘Baba..baba..’

“First word anakku : Baba bila anak mommy nak sebut maaamiii pulak tak aci la macam ni … mommy love you anak” kata Noor Nabila menerusi Instagramnya

Terbaharu, Noor Nabila juga ada memuat naik video yang sedang mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’. Turut kedengaran suara Sharnaaz sedang bermain dengan anaknya itu.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Alhamdulillah…semoga Sharnaaz & Nabila bkekalan bahagia selamanya hingga ke Jannah..aamiin yarabbalalamin

Alhamdulillah.. apa yg dihajati termakbul.. Semoga berbahagia bersama jebat dan keluarga.. Amin

Sejuk mata melihat kelibat si isteri ada bersama. Moga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah. Will doa for you @sharnaazahmad

@noornabila and @sharnaazahmad ni mempunyai rupa paras husband n wife yang sama ..susah nk cari rupa paras suami isteri yang sama..moga bahagia n berkekalanlah hubungan both of u as husband n wife with @jebatjayden yang so comel ok

I’m soo happy Masha Allah please stay together you two..semoga Allah swt gives hidayah and panjang jodoh both of you till jannah

Sumber : OhBulan & IG sharnaazahmad, noornabila

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply