
Biarpun berdepan dengan kontroversi curang melibatkan suaminya, Aliff Aziz dan seorang gadis, Bella Astillah masih mampu mengukir senyuman dan tetap memuat naik video dalam media sosialnya.
Bella yang memuat naik sebuah video promosi baju raya di Instagram miliknya menarik perhatian netizen yang memuji dan kagum dengan kekuatan yang ditonjolkan ibu kepada seorang anak itu.
Malah, Bella juga dilihat memuat naik video bersama adiknya, Didi Astillah di Insta Story yang memaparkan wanita itu masih mampu mengukir senyuman dan bergelak tawa biarpun berdepan kontr0versi yang mengguris hatinya.
“Biarpun sedang diuji, Bella masih mampu gagahkan diri untuk terus senyum di hadapan ramai dan berjuang untuk kehidupan diri sendiri serta anaknya, Selamat Hari Ibu Bella,” komen salah seorang peminat.
Rata-rata peminat juga meninggalkan komen positif dan mendoakan semoga anak kelahiran Sabah itu terus husnuzon dengan perancangan Allah dan kuat dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Semalam Bella menerusi kenyataan di Instagram nekad untuk meneruskan hidup tanpa suaminya itu dan berharap agar semua pihak menghentikan sebarang spekvlasi yang mampu mengeruhkan lagi kontr0versi tersebut.
“Saya telah membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak saya. Saya amat menghargai jika anda di luar sana berhenti menghantar saya mesej secara peribadi, menelefon dan mohon hentikan sebarang spekulasi,” katanya.- MHE TV
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: MHE-TV
Leave a Reply