“Saya akan cuba menangkan hati Bella semula” – Aliff Aziz Mengaku Masih Sayangkan Bella & Anak

Macam yang admin update tadi, mahkamah syariah telah pun mengesahkan yang Aliff Aziz dan Bella Astilah sah bercerai talak satu.

Menerusi sidang media di luar mahkamah selepas penceraian, Aliff jelas kelihatan sedih dan menyesal dengan perbuatannya.

“Saya belum boleh hadam lagi apa yang berlaku di dalam tadi. Mungkin Allah nak tunjuk dekat saya. Biasalah manusia kalau dah tersepit baru nak ingat pada Allah.

Tapi, selagi saya hidup, saya adalah hamba Allah dan akan sentiasa ada ruang untuk saya perbetulkan diri saya.”

Apabila ditanya wartawan sama ada dia akan cuba memenagi hati Bella semula, Aliff mengaku yang dia masih sayangkan Bella.

“Sejujurnya, saya masih sayangkan Bella dan anak saya. Dah tentu saya akan cuba menangkan hati Bella semula. Saya juga nak minta maaf kepada Bella dan keluarga kerana sentiasa bersabar dengan saya dari awal.”

Saya tak pernah jumpa wanita sekuat dan sesabar Bella.”

Bella yang turut mengalirkan air mata di luar mahkamah mendoakan agar Aliff berubah dan menjaga tingkahlakunya.

Menerusi Instagramnya, Bella mengesahkan penceraiannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best✨

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Macam yang korang tahu, hasil perkahwinan selama lebih kurang tiga tahun, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean. Setakat ini belum ada berita lagi tentang hak penjagaan anak tunggal mereka ini.

Admin doakan semoga Bella terus kuat dan tabah manakala Aliff pula akan terus memperbaiki dirinya. InshaAllah.

Kredit: Lobalmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply