Apa Sebenarnya Fenomena ‘Wow Cool Post, Thanks For Sharing’ Ini?

Baru-baru ini, kelihatan seperti satu gelombang baru telah melanda warganet di laman sosial Facebook. Jika anda perasan, pada setiap ruangan komen pada posting di Facebook, akan dibanjiri dengan komen “Wow Cool Post, Thanks For Sharing”.

Menjadi satu tanda tanya sama ada ia adalah gelombang virus atau spam terbaharu. Akan tetapi, menerusi satu pertanyaan di Reddit mengenai isu ini, pelbagai pendebatan jawapan mengenai fenomena yang berlaku ini.

Ada yang berpendapat bahawa para pengguna yang meninggalkan komen seperti itu kerana ingin mendapatkan gelaran ‘top fan’ atau ingin mengekalkan gelaran mereka. Untuk pengetahuan anda, gelaran ‘top fan’ merupakan ciri baru yang diperkenalkan oleh Facebook khas untuk pengguna yang aktif dalam memberi komen dan reaksi dalam sesuatu page itu.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa ia merupakan sebagai tanda protes daripada pengguna kepada sesuatu page itu untuk memberikan bahan yang berilmiah dan bukannya sebaliknya. Akan tetapi, apabila ramai yang melihat komen sedemikian, para pengguna yang lain turut menggunakan komen yang sama tanpa mengetahui tujuan asal.

Menurut Gamingph, sebenarnya posting tersebut bermula dari satu virus spam yang merebak di Facebook, kemudian pengguna yang tidak terkena virus tersebut melihat ia seperti satu trend dan mengikutinya.

Jika kita perhatikan, pengguna-pengguna media sosial sering mengikuti trend yang ada di media sosial dan tidak mengetahui tentang baik atau buruknya. Segelintir pengguna tidak memikirkan kesan dari trend yang mereka lakukan. Sebagai pengamal media sosial, anda haruslah bijak memilih dan berhati-hati dalam mengikuti trend yang sering tular.

Jangan sampai ia membahayakan kehidupan anda atau menjengkelkan pengguna lain. Anda rasa cool atau tidak sekarang?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : The Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply