[VIDEO] ‘Bukan Main Happy Nampak Daddy Kat Tv ‘- Reaksi Anak-anak Alif Satar ‘Over Excited’ Cuit Hati Netizen

Drama bersiri bertajuk ‘PIA’ yang sedang disiarkan di slot Lestary TV3 ini mula mendapat tempat dihati penonton. Drama tersebut dibintangi oleh Alif Satar, Zara Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Azman Yahya. Ditayangkan bermula 3 Mei 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah ‘celebral palsy’ bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah  pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.

 

Baru-baru ini Alif Satar telah memuat naik video kedua-dua anak daranya yang ter ‘Excited’ apabila keluar gambar Daddynya di skrin televisyen. 

Disaat semua orang sedang membenci watak Alif dalam drama Pia namun masih ada peminat fanatik yan tetap menyokong Alif. Walau apapun peminat-peminatnya tetap memuji kemantapan lakonan Alif sangat menjadi itu.

Alif memuat naik video tersebut bersama kapsyen yang sangat merindui buah hatinya.

oh my heart♥️♥️♥️♥️ missing my girls….macam mana Zafran? steady kan dia.??? #Pia #dramapia

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

oh my heart♥️♥️♥️♥️ missing my girls….macam mana Zafran? steady kan dia.??? #Pia #dramapia

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Komen Netizen :

Keberkesanan lakonan Alif juga turut diakui oleh rata-rata netizen dan menganggap lakonannya meninggalkan kesan di hati penonton.

Dah benci kat Zafran,haha

Well done sangat Alif bawa watak Zafran. Semua benci. Menjadi betul

Sakit ati arr tgk zafran @alifsatar !-hahaha!!!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: instagram alifsatar

Be the first to comment

Leave a Reply