“My Baby Bump Starts Showing Already Sebenarnya..”- Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy yang kini hamil akui perutnya kini sudah mula membesar.

Namun Elfira berkata dia malu untuk menunjukkan besar perutnya sebenar dan cuba untuk menyembunyikannya.

“Do I look like a mother already ? ke more to like i’ve gained weight je lol. 

“My baby bump starts showing already sebenarnya tapi yelah maluuu. 

“So here’s my hiding the babybump ootd HAHA,” tulisnya.

Pelakon Qalesya 1 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama itu dia memuat naik fotonya yang menampakkan sedikit perutnya disebalik baju yang agak besar.

Rata-rata peminatnya teruja dengan perkongsian tersebut dan akui wajah Elfira berseri-seri sejak hamil.

Terdahulu, Elfira hanya mengumumkan dirinya sedang hamil namun tidak mahu mendedahkan usia kandungannya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

Sumber: Instagram Elfira via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply