(Video) ‘Mak ambillah adik dengan abang, bawa balik’ – Kembar merayu ibu bawa mereka pulang buat netizen sebak, sampai pengacara pun menangis sekali.

Pasangan kembar lelaki ini menjadi bualan netizen selepas kemunculan mereka di program Malaysia Hari Ini (MHI) menimbulkan rasa sebak netizen yang mendengar rayuan mereka pada ibu agar datang membawa mereka pulang.

Difahamkan, dua beradik berkenaan, Mohd Khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, tidak pernah bertemu dengan bapa mereka dan terpisah dengan ibu, Siti Norazimah binti Mohd Mazlan sejak mereka berusia 9 tahun.

Dalam usia yang tidak mengerti apa-apa, mereka ditinggalkan dengan nenek sebelum dihantar ke rumah anak yatim, Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam. Selangor.

Menurut pengasas rumah anak yatim tersebut, Mohd Fadzil, berkata, sejak kecil Danish dan Danial tidak pernah bertemu dengan bapanya dan terpisah dengan ibunya.

Mereka kemudian tinggal dengan datuk dan nenek, namun baru nak merasa kasih sayang, nenek dan datuknya meninggal dunia.

“Anak-anak yang lain juga sebegitu. Ada yang mak tak nak mengaku anak pun ada. Ada mak, bila kita bawa anak pergi jumpa mak dia, mak dia pula tak mengaku anak. Allahuakbar. Anak pula mengharap kasih sayang ibu bapa. Kebanyakan anak-anak di situ semua kurang kasih sayang.

“Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan ibu dan ayah, rasa rindu itu tetap ada. Ada yang hantar anak, terus menghilang begitu sahaja.” katanya.

Apabila pengacara bertanya kepada pasangan kembar itu, apa yang dia mahu katakan pada mak.

“Kalaulah ibu melihat Danial dan Danish sekarang, apa yang Danial nak cakap?” soal pengacara.

“Nak jumpa mak. Mak datanglah sini jumpa abang dan adik,” kata Danial.

“Mama ambillah adik dengan abang, bawa balik,” kata Danish membuatkan seorang lagi pengacara sebak dengan kata-kata pasangan kembar itu.

Danish dan Danial berkata, mereka sering mendoakan ibu mereka selamat dan berharap ibunya kembali mengambil mereka semula.

Video:

Komen2 netiizen.

Sebaknya ibu nakkk , hmm kita ni mcm2 cara nk ank lelaki sng besar esok dia boleh jga kita bawah turun kita ke liang lhad allah mna la p mak dia nih hmmm.

Kalau x mampu jaga…xpa…tp jengahlah anak2 itu. jgn lah sepi tanpa berita.. kasihan mereka dahagakan kasih syg . Semoga anak2 ini bertemu sinar ramadhan .

Wahai ibu, jengoklah anak kamu. Anakmu dah tak tertahan rindunya sehingga Masuk dalam tv. Semoga si ibu bila sudah cukup kewangan, Dan boleh beri tempat tinggal makan pakai , ambillah. Tapi sementara waktu Ni jengoklah. Kasihan mereka .

Sebaknyeee. Semoga adk mnjdi anak yg soleh … semoga urusan dipermudahkan.

Eyyyy…. siap la mak nya kalau aku jumpa.. geeram pulak aku!

Tak tau nak komen ape yg pasti sy sedih kalau ibu kandung abaikan anak…semoga Allah lembut kan hati mak budak2 ni .. nak maaki2 pun tak guna .. kita doa kan aje lah.

allahu…aku tk diberi kesempatan ada ank lelaki….sedih sngt hati ini…smoga ank kembar ini, mnjdi ank yg solleh….

berlinang airmata aku smoga allah permudahkan segala urusan kamu berdua ye adik.

Mai duk ngn makcik la. Mak cik bela hampa. Makan apa yg ada.. Mungkin mak lepa pon susah.. Xtorah nak cari duet bg makan anak2.. Hadoi.. Pelik la.. Gamak plak mak tinggai anak cam tu. Kita nie 3,4 jam xjumpa anak susah hati dah buley mak lepa tinggai lagu tu. Think positif ja. Mungkin mak lepa pon ada msalah tetentu xbuley nak bela anak.

Sumber: thereporters via coretanmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply