“Style Betul Time Parut Kelapa” – Peminat Teruja Tonton Iklan Raya Syafiq Kyle

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba! Seperti kebiasaan, sambutan Syawal dimeriahkan dengan pelbagai iklan Raya.

Bukan sahaja syarikat korporat berlumba-lumba untuk menghasilkan iklan Raya, malah selebriti turut sama menghasilkan iklan Raya untuk peminat mereka.

Pelakon kacak, Syafiq Kyle turut muncul dengan iklan Raya sendiri pada tahun ini.

 

Menerusi jenama miliknya, Kylez by Syafiq Kyle, jejaka ini tampil dengan iklan Raya yang tersendiri!

Menampilkan Syafiq sebagai pelakon utama, iklan ini turut membariskan wajah baru seperti finalis Dewi Remaja 2019, Anna Jobling dan ‘trophy boy’ Anugerah MeleTOP Era 2019, Jabir Meftah.

Selain Anna dan Jabir, iklan Raya ini juga menampilkan pelakon berbakat besar, Nabila Huda dan Sheila Mambo sebagai undangan khas.

Iklan ini mengisahkan perjalanan Syafiq bersama isterinya (lakonan Anna) yang pulang ke kampung buat pertama kalinya selepas berkahwin.

Di ruangan komen, rata-rata memuji lakonan Syafiq serta ada juga yang menanti kehadiran Jabir dalam iklan ini.

Dalam pada itu, mereka juga memuji lakonan Nabila yang sangat berbakat, biarpun dia membawakan watak komedi dalam iklan ini.

Semenjak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 Mei lalu, iklan ini sudah meraih lebih 57,000 tontonan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply