Biodata Octavia Manrose Kakak Kepada Aprena Manrose, Ramai Tak Tahu Kedua-duanya Adalah Anak Kepada Pelakon Dan Penyanyi Dangdut Terkenal Suatu Masa Dulu…

KORANG kenal tak dengan pelakon cantik Octavia Manrose?

Octavia Manrose merupakan seorang pelakon dan merupakan anak kepada Iwan Raja Dangdut. Nama Octavia Manrose mula dikenali apabila membintangi dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu dan Cinta Si Wedding Planner.

Octavia Manrose juga merupakan kakak kepada pelakon Aprena Manrose. Jom kenali siapakah Octavia Manrose dibawah!

Biodata Octavia Manrose

Nama Penuh: Wan Shamira Puteri Octavia

Nama Samaran: Octavia Manrose

Umur: 26 (2017)

Status: Berkahwin

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Pertalian: Kakak kepada Aprena Manrose

Kerjaya: Pelakon

Drama: Cinta Si Wedding Planner, Hajah Hearthrow Kembali, Umairah, Biar Aku Jadi Penunggu, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora (2017)

Laman Sosial:

Instagram: https://www.instagram.com/oktoviamanrose/

Oktovia Manrose bangga besarkan anak seorang diri

Kali pertama bertentang mata dengan wanita ini, bagai ada satu tarikan tersendiri. Bukan hanya rupa paras menjadi tumpuan, aura keikhlasan juga jelas terlihat pada pancaran matanya.

Oktovia Manrose, pelakon yang sedang mencipta nama di arena seni, jelas tampak selesa menjadi diri sendiri.

Mesra saat memperkenalkan diri, beliau mengakui tidak sangka diundang untuk menjayakan sesi fotografi bersama HIP.

Merendah diri, beliau akur baru setahun jagung bergelar pelakon, malah tidak segan mengakui namanya belum lagi dikenali.

Memulakan bicara, lancar Oktovia memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Baginya, lebih baik berterus-terang kerana tiada sebab untuknya menyembunyikan status sebenar.

“Saya tidak rasa ada masalah untuk saya berterus-terang. Soal aturan hidup bukan sepenuhnya terletak pada tangan kita. Setiap yang berlaku juga akan sentiasa berserta dengan hikmah.

“Saya berbangga melayari hidup bersama anak tersayang dan saya juga berbangga kerana membesarkan anak saya sendiri, menerusi usaha dan titik peluh saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, di sini.

Warisi darah seni

Menyimpan seketika sisi peribadi, Oktovia, 26, berkata, beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon kira-kira dua tahun lalu, atas dorongan arwah ibunya yang mahu beliau melakukan sesuatu dalam hidup.

Katanya, beliau sendiri pada mulanya mengambil remeh saranan ibunya dan hanya memulakan langkah ke beberapa siri uji bakat selepas diminta berbuat begitu.

“Maklumlah saya masih muda pada waktu itu dan keras kepala. Saya hanya fikir untuk berseronok. Sementelah pula, saya lebih minat menyanyi.

“Memikirkan ibu asyik meminta saya mencuba bidang lakonan, saya gagahkan diri dan tidak sangka rezeki saya ada dalam bidang ini,” katanya.

Ternyata, wanita ini mewarisi DNA darah seni yang diwarisi ibu bapanya, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan Iwan Dangdut apabila bidang seni kini menjadi lapangan untuk dirinya mencari rezeki.

Ibu tak sempat tonton

Kelu seketika, matanya mula berkaca kala mengenang ibu tersayang yang meninggalkan dirinya pada 2013. Bagi wanita ini, arwah ibu ialah insan yang mahu dirinya menjadi pelakon, namun tidak sempat menonton lakonannya.

“Kejayaan saya pada hari ini adalah hasil dorongan ibu yang tidak jemu-jemu menyokong dan mahu saya menjadi pelakon. Saya masih ingat, ketika ibu sakit juga dia sentiasa meminta saya teruskan minat dalam lakonan.

“Maklumlah, ibu juga seorang pelakon pada era 80-an,” katanya sambil mengesat air mata.

Sempat ditanya mengenai bapanya yang kini sudah melalui transisi hidup memilih mendekatkan diri dengan agama, Oktovia berkata, sebagai orang tua, bapanya sentiasa berpesan agar pandai menjaga dan membawa diri.

“Bapa memang kurang menyokong, tetapi dia akur saya sudah dewasa dan saya lakukan ini demi kehidupan saya dan anak. Namun begitu, saya ambil setiap pesanan daripadanya.

“Kami juga akan bertemu apabila ada kelapangan dan setiap kali berjumpa, bapa akan selitkan nasihat buat saya,” katanya tertawa kecil.

Idamkan watak romantik, beremosi

Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu, yang baru selesai tayangannya di TV3 ini berkata, beliau gembira sejak membulatkan tekad menjadi pelakon, dirinya sering menerima tawaran meskipun belum memegang watak utama.

Oktovia berkata, apa yang lebih penting, tawaran tidak putus-putus diterima, membolehkan menampung hidup bersama anak.

“Saya juga sedang menunggu beberapa tawaran yang sedang dalam perbincangan. Kalau ada rezeki, saya akan mula turun ke lokasi penggambaran tidak lama lagi,” katanya yang juga pernah muncul dalam drama Hajah Heathrow.

Mengenai tawaran filem, Oktovia mengaku ada menerimanya baru-baru ini, namun ia terpaksa ditolak kerana belum bersedia untuk mencuba, selain jadual penggambaran yang bertindan.

“Kalau ada tawaran lagi, mengapa tidak? Seperti saya katakan, saya semakin selesa berlakon dan harap diberikan lebih banyak watak yang mencabar diri.

“Kalau ditanya mengenai watak, saya mengidamkan watak romantik dan beremosi kerana saya percaya, ia akan menguji kemampuan saya,” katanya.

Belum lupakan minat menyanyi

Akui wanita ini, pada dasarnya beliau seorang yang sukar mengalirkan air mata kerana bersikap keras hati.

“Maklumlah, saya perlu kuat dan tidak boleh lemah dalam kehidupan realiti. Sifat itu kadang-kadang terbawa-bawa ke lokasi, jadi ia mencabar saya untuk menjadi sisi yang lain,” katanya yang meminati Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy.

Dalam pada itu, beliau mengakui masih menyimpan impian untuk menjadi penyanyi kerana ia adalah cita-cita awalnya dalam seni.

Oktovia memberitahu, dirinya juga sudah mempunyai single yang dihasilkan beberapa tahun dulu, malah berharap berpeluang berkongsi bakat nyanyiannya satu hari nanti.

Tumpuan pada anak, kerjaya

Beralih kepada sisi peribadi dirinya, beliau tidak mengelak sebaliknya mengakui ada arjuna yang sentiasa menghulur cinta buat dirinya.

Tidak menolak atau menoktahkan impian bercinta serta mendirikan rumah tangga, namun fokus utamanya kini adalah untuk membina kerjaya dan membesarkan putera sulungnya, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 5 tahun.

“Saat ini fokus hidup saya pada anak dan kerjaya saya. Susah senang saya untuk anak yang menjadi nyawa dan alasan untuk terus menjadi lebih baik dalam hidup.

“Saya percaya, soal cinta dan lelaki akan hadir apabila semuanya sudah bersedia dan bertepatan dengan masa,” katanya.

Sumber : berita harian / dramasensasi.blogspot.my / blogmazeer.com

[GAMBAR] Anak-Anak Iwan Raja Dangdut Semakin Popular!

Terdahulu pernah rangkumkan mengenai Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid.

Anak- Anak Penyambung Legasi

Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus PutraWan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Anak – anak Iwan Dangdut

Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen

Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’

Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.

Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mendominasi drama-drama terkini. Another The Kardashians mungkin?

Sumber: hangat via  Menujukebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply