
Di kala usia bertapak di angka 30 tahun ini, kejayaan yang ditempa pengacara dan pelakon popular, Neelofa membuatkan ramai yang tertanya-tanya, bila wanita besi ini mahu menamatkan zaman bujangnya,
Apatah lagi, kisah cinta tak kesampaian yang selama ini menjadi buah mulut peminat menjadikan bakal imam kepada Neelofa sebagai seseorang yang ditunggu-tunggu.
Menjawab kepada persoalan itu, Neelofa tidak mahu terburu-buru dalam mencari lelaki untuk mengisi ruang cinta dalam hatinya kini.
Mengakui masih solo, Neelofa bagaimanapun tidak pernah berasa sunyi sementelah kesibukan sebagai usahawan berjaya dan aktiviti seni memadatkan jadualnya.
“Ada perkara lebih besar yang saya harus fikirkan dahulu. Tanggungjawab saya semakin besar sekarang. Lebih baik saya fokus bina jenama dan diri sendiri untuk 10 tahun akan datang.
View this post on InstagramLight and delicate Fizi Woo pleated dress made me feel like walking on clouds at #AME2019 !
“Masih single tapi Alhamdulillah, tidak pula rasa sunyi. Saya dikelilingi keluarga dan sahabat serta timbunan kerja yang sangat banyak,” selorohnya.
Neelofa ditemui dalam satu sesi temubual eksklusif bersama media baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan ini tidak meletakkan status sebagai artis dan hartawan sebagai punca mengapa ada lelaki yang takut untuk mendekatinya.
“Tak lah, mungkin kerana saya jarang berada di tempat awam dan mereka rasa susah nak dekat dengan saya.
“Lagipun saya sekarang susah nak bahagi masa untuk bercinta. Cuma nanti kalau ada, pandai-pandai lah ya!” katanya seraya ketawa kecil.-MHE TV
View this post on Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: MHETV
Leave a Reply