“I am bongsu, adiklah ganti mami” – Qaseh, anak pengasas Dnars

PEMERGIAN usahawan kosmetik, Allahy4rham Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu minggu lalu ternyata memberi kesan mendalam kepada anak-anaknya.

Paling dirasai sudah tentu anak bongsu Allahy4rham iaitu Qaseh Khadijah yang baru berumur enam tahun, sehingga pelbagai soalan ditanya mengenai arw4h ibu tercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup tidak pernah menjanjikan selalu terang , juga tak pernah mengikat kesedihan☘️ . @dnarsgold_hq @dnarsindonesia

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

“Akhir-akhir ini banyak soalan dia tanya antaranya, “Abang, kenapa mami masuk syurga awal? Kenapa dia tak masuk sekali dengan kita?”. Jadi, saya perjelaskanlah kepada dia dari A ke Z.

“Yang kedua pula dia tanya “Abang siapa yang nak ganti mami?” Sebenarnya saya stuck kejap nak jawab, tapi saya cakap abang ada, kakak ada, semua ada,” ujar anak sulung wanita yang dijemput Ilahi pada usia 40 tahun itu iaitu Iqbar Hakim Jasman, menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, genap seminggu pemergian bonda tercinta.

Qaseh Khadija, anak bongsu Allahy4rham Faziani dan suami, Ahmad Shah Rizal.

Walaupun masih kecil, tanpa disangka-sangka, adik bongsunya membalas jawapan dengan bersahaja tetapi tersirat dengan luahan isi hati yang menyentuh em0si.

“Lepas saya jawab, dia pun cakap “I am bongsu abang, adiklah ganti mami, sebab adik pun garang,” katanya sambil mencubit saya.

“Ya Allah, abang akan cerita atau pun selalu mengingatkan adik tentang kemuliaan mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan iktibar,” ujar Iqbar yang menjangkau usia 20 tahun.

Dalam pada itu, awal tahun ini, Allahyarham Faziani turut membicarakan tentang Qaseh di laman sosial sempena ulang tahun ke-6 kelahiran anak tunggal bersama suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42.

Qaseh bersama Faziani di Tanah Suci.

Beliau menceritakan saat kelahiran anak bongsunya yang diberi nama sempena Saiditina Khadijah, isteri baginda Rasullah SAW.

“Anugerah Allah lambang kasih mummy dan papa. Trimester pertama beralih ke trimester kedua menginjak ke trimester terakhir, saya masih lagi aktif tanpa sebarang alahan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini adik bongsu saya @qaseh_kha . Akhir-akhir ini byk soalan dia tanya antara nya : ” abg kenapa mami masuk syurga awal , kenapa dia tak masuk sekali gn kita ” jadi saya explain la kpd dia A-Z. . Yang kedua pula dia tnya ” Abg siapa yang nak ganti mami , actually saya petak ataupun stuck kejap nk jwb , tapi saya ckp abg ada kakak ada semua ada . Lps saya jwb dia pun ckp ” I am bongsu abg , adik lah ganti mami , sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya? ) Ya allah,abg akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentang kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan iktibar .

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

“Semakin membesar perut saya maka semakin sibuk saya mengurus tanggungjawab ke sana sini demi melebarkan lagi empayar Dnars. Jatuh bangun saya, perit jerih, susah senang saya… ‘sesusuk kecil’ ini sentiasa setia bersama saya setiap detik, setiap saat, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan… sehingga malam sebelum kelahiran saya masih lagi bergelumang dengan urusan kerja.

“Tepat 9 pagi, 17 Januari 2013, lahirlah seorang puteri. Seluruh keluarga bersyukur dan gembira kerana kelahiran ini sangat ditunggu-tunggu. Luluh hati saya, seminggu dirasakan bertahun lamanya bila puteri kecil saya ditempatkan di dalam inkubator,” katanya.

Qaseh bersama ibu dan bapa tercinta.

Kesibukan Faziani sebagai seorang usahawan bersama suami memaksa anak bongsunya itu dijaga oleh pembantu rumah yang telah berkhidmat sejak bertahun-tahun.

Dari hari pertama Qaseh dilahirkan, Qaseh tidak pernah menimbulkan sebarang masalah pada saya. Dia sangat berdikari, matang dari usia sebenar.

ALLAHY4RHAM FAZIANI

Menurut Allahy4arham, perasaan cemburu sebagai seorang ibu harus diketepikannya demi menggapai dan melebarkan rangkaian Dnars Skincare.

“Mesti ramai yang membuat tanggapan saya pentingkan diri tapi percayalah ini semua adalah untuk ‘harta’ dunia akhirat saya iaitu anak-anak. 

Qaseh menyiram pusara Allahy4rham Faziani.

“Tahun silih berganti Qaseh membesar seperti kanak-kanak lain. Dari hari pertama Qaseh dilahirkan, Qaseh tidak pernah menimbulkan sebarang masalah pada saya. 

“Dia sangat berdikari, matang dari usia sebenar. Sikap periang, peramah dan manja membuatkan dia disayangi seluruh keluarga dan kenalan,” menurut perkongsian itu.

Pada 18 Mei lalu, Faziani maut dalam kem4langan semasa dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand.

 

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply