Rumah belum ada tukang pantang, suami jual kereta motor, belanja Hanis Zalikha tinggal di wad. Terbaik!

 

Pelakon Hairul Azreen memilih untuk melahirkan rasa syukurnya dengan melunaskan nazar selepas isterinya, Hanis Zalikha hamil anak kedua baru-baru ini.

Hairul membuat keputusan untuk menjual kereta mewah dan motosikal berkuassa tinggi kesayangannya demi keluarga tercinta.

Pelakon filem PASKAL itu memaklumkan perkara itu menerusi satu posting di akaun Instagramnya semalam.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.

Ada bagusnya beliau menjual motor dan kereta tersebut kerana, beliau lebih mengutamakan keselesaan Hanis dalam tempoh berpantang. Dengan hasil jualan kereta dan motor, dapat lah beliau memberikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak nya. Susah nak cari lelaki seperti beliau kini!

Selepas selamat melahirkan bayi perempuan Jumaat lalu, pelakon Hanis Zalikha mengambil keputusan untuk tinggal di dalam wad kerana masih belum mempunyai penjaga pantang sekiranya pulang ke rumah.

Antara ucapan tahniah dari peminat:

Sumber : Astrogempak via celoteh saje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply