
Penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, 46, mengaku tidak sempat memikirkan soal jodoh kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.
Baginya, keselesaan hidup, kestabilan ekonomi diri dan kegembiraan bersama keluarga serta rakan-rakan terdekat sudah cukup membuatkan dirinya bahagia.
“Jujurnya saya sudah bosan dengan soalan tentang jodoh. Bagi saya jodoh itu bukanlah suatu pilihan tetapi kententuan qada dan qadar.
“Saya tidak mencari jodoh sebaliknya sentiasa membuka peluang kepada mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan saya. Kalau ada jodoh adalah, kalau tidak ada elok berkawan sahaja.
“Dalam masa yang sama, saya terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak ada masa untuk bersosial. Apa pun, saya bahagia dengan kehidupan sekarang walaupun tanpa insan bergelar suami.
Syafinaz cukup bahagia dikelilingi kaum keluarga yang ramai serta kenalan rapat yang sentiasa berada di sisinya.
“Kalau tidak ada jodoh di dunia, saya pasti jumpa jodoh saya di syurga nanti insya-Allah,” kata Syafinaz yang sekali gus menafikan dia berasa takut atau risau untuk menempuh alam rumah tangga.
View this post on InstagramSaya budak baru belajar….. Dua gambar cukuplah ye @haziq_hotfm @sherry_alhadad ?
Kata Syafinaz, beliau tidak takut untuk berkahwin tetapi percaya yang perkahwinan adalah tanggungjawab besar dan bukan satu perkara yang boleh diambil sewenang-wenangnya.
“Jadi biarlah saya menjalankan tanggungjawab atau mengutamakan keluarga yang menjadi tempat untuk saya meluahkan segala perasaan.
“Saya tidak pernah berasa sunyi tanpa suami kerana adanya ahli keluarga yang ramai. Kalau nak fikirkan soal anak, saya bersyukur mempunyai 32 orang anak saudara yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” jelas Syafinaz yang baru sahaja muncul dengan lagu raya berjudul RahmatNya.
Lagu tersebut hasil gandingan bersama bersama protegenya dalam program Mentor 7 iaitu Lazarul dan Ranisha.
Menurut Syafinaz. lagu ciptaan Ku Sham dan lirik oleh Zaira tersebut adalah satu platform yang sesuai buat dua orang protegenya itu.
“Walaupun program Mentor 7 sudah tamat, saya mengajak mereka merakamkan lagu ini sebagai persediaan untuk menjadi penyanyi profesional.
“Bakat mereka sangat bagus, jadi saya tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan mereka. Saya harap kolaborasi kami ini diterima peminat,” katanya. – MHE TV
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: MHE TV
Leave a Reply