Ini Kata-Kata Neelofa Supaya Dapat Melihat Baby Jebat Jayden Kembali Sihat Semula

Pengacara MeleTop itu juga turut meminta agar mereka yang berkesempatan dapat menyertai solat hajat yang akan diadakan di Masjid KLCC selepas solat Terawih malam ini.

Baby J is not feeling well and my heart breaks for him. Please, if you can, join the Solat Hajat that will be conducted after Terawih tonight at Masjid KLCC for him. Please pray for his well-being and speedy recovery as well. Thank you, thank you, thank you,” tulis Neelofa.

Neelofa minta peminat doakan kesihatan Jebat Jayden.

Sementara itu, kakak Neelofa, Noor Nabila turut mengambil cuti sementara daripada tugasnya di Naelofar Hijab kerana menjaga Jebat.

Anak sulung Nabila mengalami jangkitan Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan saluran kencing sejak berumur enam bulan.

Walaupun sudah menjalani pembedahan pada Khamis minggu lalu, kesihatan Jebat masih lagi berada dalam keadaan yang belum memuaskan. – MHE TV

“Tak Recover Dengan Baik Tapi Ada Perubahan Positif” – Sharnaaz Ahmad Jemput Solat Hajat Untuk Jebat Jayden

Pelakon Sharnaaz Ahmad menjemput orang ramai hadir untuk melakukan solat hajat buat anaknya, Jebat Jayden Ahmad malam ini.

Menurut Sharnaaz, solat hajat itu dilakukan dengan tujuan untuk memohon dan mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan Jebat selepas menjalani pembedahan.

“Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid asy-syakirin (KLCC) malam ini, selepas solat tarawikh lebih kurang jam 10 lebih.

“Dijemput solat tarawikh bersama… Sama-sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI dan ada block di salur kencing dia.

“Dah selesai jalani operation. Namun tak recover dengan baik tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulis Sharnaaz menerusi akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Jebat dan tidak berhenti mendoakan anaknya.

Terdahulu, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Ogos tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MHETV

Be the first to comment

Leave a Reply