[VIDEO] Awalnya Roti Canai Terbang Dengan Sempurna , Akhirnya “Terhijab” Kepala Lelaki Ini

Sebelum ini , tular Video kehebatan aksi penebar roti canai terbang di sebuah gerai di Persiaran Angkasa Bandar Pinggiran Subang baru-baru ini, menarik perhatian netizen namun ia menjadi viral kerana tragedi lucu yang berlaku.

Dalam video itu, seorang wanita terpinga-pinga apabila kepalanya ditutupi roti canai terbang yang ‘terhempas’ akibat aksi terlebih lambung penebar roti canai itu.

Paparan skrin daripada klip video roti canai terbang yang mendarat di atas kepala seorang pelanggan wanita bertudung. – Facebook/Purba Kala

Rakaman video berdurasi satu minit itu telah mendapat tontotan mencecah 2.4 juta dalam tempoh empat hari video itu tular di laman sosial facebook milik John Purba.

Pelbagai reaksi lucu dapat dilihat menerusi rakaman video berkenaan apabila secara tiba-tiba roti canai terbang itu ‘mendarat’ di atas kepala seorang wanita yang sedang duduk berhampiran gerai berkenaan.

Melihat reaksi spontan wanita itu seolah-olah bertanya apa sebenarnya berlaku kerana mendapati kepalanya ditutupi sesuatu dan pada masa sama seorang lelaki (si penebar roti canai) bertindak pantas mengambil semula roti canai terbang itu lalu beredar serta sempat meminta maaf.

Kini selepas lama menyepi,roti canai terbang menggnas kmbali. Terbaru tular video menunjukkan roti canai mendarat penuh di atas kepala seorang lelaki.

Kalau dilihat , penebar roti mampu ‘menerbangkan’ roti dengan baik walaupun jelas kelihatan ruang di situ agak terhad. Kebiasaannya kita biasa lihat aksi roti terbang dilakukan di kawasan yang lebih terbuka atau tidak berbumbung. Bukan sembarangan orang mampu menerbangkan dan mengawal roti terbang dengan baik kerana kemahiran juga diperlukan untuk melakukan aksi ini.

Namun apakan daya, malang tidak berbau. Disangkakan panas sampai ke petang, hujan di tengah hari..Selepas beberapa kali ‘terbangan’ , roti canai akhirnya hinggap menjadi ‘tudung’ kepala lelaki ini. Dari video , nasib lelaki itu tak melatah atau memarahi penebar roti.

Tonton video di bawah:

Aksi yang confirm tidak disengajakan ini ,telah menarik perhatian ramai. Antara komen netizen.

Tambahan : Bila Pak Kodi tebar roti canai..

Sumber: SinarViral via EdisiMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply