[VIDEO] Wow, Kaya Betul Makan Stik Bersalut Emas!

Kalau di Malaysia, emas digunakan sebagai perhiasan buat wanita dengan pelbagai rekaan menarik, tapi tidak di Dubai. Makanan disaluti emas menjadi pilihan mereka bagi menu yang agak mewah.

Nusret Gokce atau lebih dikenali dengan nama gelaran Salt Bae menawarkan satu hidangan stik yang disadur dengan daun emas 24 karat di restoran yang dimilikinya.

Untuk info, emas 24 karat boleh dimakan manusia kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia dan material berharga yang dimakan itu akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan,

Harga bagi menu istimewa itu ditawarkan pada harga serendah 1,250 dirham (RM1,430).

Bagaimanapun Restoran Nusr-Et itu juga turut menawarkan pilihan makanan stik tanpa saduran emas dengan harga serendah 340 dirham (RM390).

Menurut salah seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali memberitahu stik yang dimakan dari restoran itu adalah yang terbaik pernah dirasainya. Namun dia tidak pasti sama ada saduran emas itu memberi kesan terhadap rasa hidangan itu.

“Daging di potong dan dimasak di meja makan dan cef seakan-akan melakukan pertunjukan secara langsung. Ia bermula dengan satu ketulan emas dibawa ke meja dan selepas cef menabur dari tangannya serta menikam pisau ke atas meja sebagai simbolik persembahan itu berakhir,” katanya.

VIDEO :

Restoran ini juga popular dalam kalangan selebriti sepeti David Beckham, Leonardo DiCaprio, Puff Diddy dan ramai lagi.

Sumber: Daily Mail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply