
Sekawan kambing biri-biri dari Brasilia, Brazil ini telah dipakaikan mikrofon dan lampin pakai buang, sebagai salah satu kaedah untuk mengumpulkan maklumat.
Kaedah yang digunakan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan jumlah pengeluaran susu oleh kumpulan penyelidik dari Syarikat Kajian Agrikultur dan Lanjutan Pedalaman di Brazil itu dikatakan boleh membantu pengeluaran susu kambing biri-biri ke tahap maksimum.
Tujuan mikrofon dipasang adalah untuk memastikan kambing berkenaan benar-benar menelan rumput, manakala lampin pula bertujuan menahan air kencing dan najis mereka. Sisa buangan ini akan ditimbang bagi mendapatkan maklumat berapa banyak rumput dihadam dalam perut.
Menurut ketua penyelidikan bersama, Fabio Garagorry berkata, kajian berkenaan juga boleh mendidik penternak tentang saiz kepanjangan rumput yang perlu diberikan kepada haiwan ternakan mereka.
Hasil kajian akan diterbitkan dalam tempoh terdekat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: : Newshub/era.je
Leave a Reply