(8 GAMBAR) “Ya ampun comelnya..” Telatah Comel Siti Aafiyah Di Mekah Jadi Perhatian Ramai

Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan pemergiannya sekeluarga di Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah, memandangkan sebelum bersalin dia pernah memasang hajat ingin membawa anaknya ke Mekah.

Alhamdulillah, urusan penyanyi terkenal negara itu telah dipermudahkan oleh Ilahi. Sepanjang berada di sana, pelantun lagu Anta Permana itu telah berkongsikan fotonya bersama keluarga di Mekah Al-Munawarrah.

Namun sepanjang berada di sana, Siti Nurhaliza banyak berkongsikan foto bersama anaknya Siti Aafiyah. Aksi dan telatah comel Siti Aafiyah telah mendapat perhatian netizen. 

Mereka memuji kecomelan Aafiyah yang bertudung dan tingkah lakunya yang disifatkan sangat baik dan mendengar kata ibunya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai meluahkan rasa bertuah melihat Siti Aafiyah yang sudah pun ke Tanah Suci Mekah, biarpun baru berusia setahun.

muka dsct nampak mcm 20an je

Tokti cantiknya… teringat zmn2 90an..

Alhamdulillah.. ya ampun comelnya Aafiyah..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: CTDK via CelotehSaje/catatanterakhir

Be the first to comment

Leave a Reply