Bahaya Microsleep, Cuba Elak Memandu Waktu-Waktu Ini – Pakar

Buat anda yang akan memandu pulang ke kampung halaman, anda dinasihatkan untuk tidak memandu antara waktu 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.

bahaya microsleep, cuba elak memandu waktu-waktu ini - pakar

Ia disarankan oleh Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam yang berkata, waktu-waktu ini merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk, sekaligus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.

Ini adalah dapatan kajian di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja. Pada waktu tersebut memang kita akan rasa mahu tidur, jadi pada mereka yang mahu memandu terutama untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, sebaiknya waktu tersebut mereka kena elakkan.

bahaya microsleep, cuba elak memandu waktu-waktu ini - pakar

“Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.

“Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor waktu pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu,”

katanya seperti dipetik dari Awani.

Tips Elakkan Mengantuk Semasa Memandu

1) Rehat Cukup Sebelum Perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan balik kampung, anda mestilah bersedia dari segi fizikal dan mental. Tubuh badan anda hendaklah berada dalam keadaan yang sihat. Fikiran anda juga perlu sentiasa berada dalam keadaan yang tenang tanpa memikirkan terlalu banyak masalah. Anda juga perlu mengurangkan stress dalam diri. Kadang-kadang stress boleh buatkan anda hilang kawalan dan  memandu dalam keadaan yang merbahaya.

Anda perlu berehat dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Mendapat tidur yang cukup adalah penting kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa mengantuk semasa memandu. Apabila mendapat rehat dan tidur yang mencukupi, tubuh akan merasa lebih segar dan fikiran juga rasa lebih tenang dan relaks.

2) Berehat Sekejap Jika Perlu

Memandu dalam tempoh masa yang lama boleh membuatkan tubuh anda menjadi penat dan anda akan rasa mengantuk. Jika anda rasa terlalu mengantuk jangan paksa diri anda untuk terus juga memandu kerana mahu cepat sampai ke destinasi. Tidak perlu terburu-buru mengejar masa untuk cepat sampai. Biar lambat asal selamat. Anda perlu berehat jika rasa terlalu penat.

Berhenti dan berehat sekejap di mana-mana tempat perhentian yang sesuai. Ambil masa sekurang-kurangnya untuk tidur sekejap selama 10-20 minit. Selepas itu barulah menyambung kembali perjalanan dalam keadaan lebih bertenaga. Walaupun anda tidur hanya sekejap ianya sudah cukup untuk memulihkan kembali tenaga anda untuk terus memandu.

3) Bawa Teman Untuk Berbual

Mengantuk semasa memandu boleh berlaku jika anda merasa bosan. Untuk elakkan diri dari merasa bosan semasa memandu carilah teman untuk berbual.  Jika anda melakukan perjalanan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, ajaklah mereka berborak apa saja topik yang anda suka. Walaupun hanya borak-borak kosong ia sebenarnya dapat mengalih perhatian anda dari rasa mengantuk.

Jika teman berbual anda itu seorang yang periang sepanjang masa dan pandai buat lawak lagi bagus kerana anda akan sentiasa gelak. Secara tak langsung dapat menghilangkan rasa bosan anda semasa memandu. Bila dah kurang rasa bosan, maka keinginan anda untuk rasa mengantuk juga akan berkurangan.

4) Pasang Radio Dan Lagu Kuat-kuat

Jangan biarkan suasana semasa anda memandu berada dalam keadaan terlalu sunyi sangat. Jika terlalu sunyi anda akan mudah merasa mengantuk. Kalau boleh pasang lagu yang anda suka dengan kuat. Kalau boleh anda pun nyanyi la sekali untuk hilangkan rasa bosan. Pasang lagu yang rancak-rancak sikit. Kalau pasang lagu yang berentak perlahan mata anda juga akan menjadi layu dan mengantuk.

Lagi satu untuk elak rasa mengantuk, anda cuba pasang dengan kuat lagu-lagu yang anda tidak suka. Mungkin keinginan anda untuk rasa mengantuk juga berkurang apabila mendengar lagu yang anda tidak suka. Boleh cuba cara ni tapi ia bergantung kepada seseorang juga. Kesan kepada setiap orang mungkin berbeza-beza.

5) Elakkan Memandu Dalam Gelap

Memandu dalam gelap disini merujuk kepada memandu pada waktu malam. Memandu pada waktu malam kalau boleh dapat dielakkan lagi baik kerana apabila berada dalam keadaan gelap keinginan seseorang untuk rasa mengantuk itu lebih tinggi berbanding berada ditempat yang cerah. Waktu malam juga adalah waktu semulajadi bagi jam biologi seorang manusia untuk berehat dan tidur.

Tapi ianya bergantung kepada individu itu juga. Ada orang yang sudah biasa memandu waktu malam ni maka tiada masalah bagi mereka. Ada juga mereka yang suka memandu waktu malam kerana jalan raya tidak jam seperti  pada hari siang. Dalam hal ini memandu waktu malam tidak salah kerana ia bergantung kepada keadaan dan individu itu sendiri. Cuma memandu waktu malam ni kena lebih berhati-hati berbanding waktu siang.

6) Mengambil Wudhuk Dan Bersolat

Salah satu cara untuk mengelakkan mengantuk adalah dengan mengambil wudhuk. Selepas itu anda boleh lakukan solat sunat hajat dan berdoa memohon kepada Allah supaya diberi keselamatan dalam perjalanan. Mengambil wudhuk dan solat ini boleh dilakukan sebelum memulakan perjalanan atau semasa berada dalam perjalanan dengan berhenti seketika ditempat-tempat perhentian khas atau masjid.

Insyaallah, dengan mengambil wudhuk ia akan dapat memberikan kesegaran dan kurang rasa mengantuk semasa memandu. Sebelum memulakan perjalanan baca doa naik kenderaan. Semasa dalam perjalanan banyakkan menyebut nama Allah supaya diri kita akan sentiasa beroleh ketenangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply