Kongsi Gambar Anak, Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Buka Akaun IG Sarima

Pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam akhirnya buat pertama kali berkongsi wajah anak mereka, Sarima di laman Instagram (IG) semalam.

Syatilla menerusi entri akaun IG yang memuat naik wajah Sarima itu memberitahu sudah selesai menjalani tempoh berpantang.

 

“Assalamualaikum @sarima_samheizy anak bubu bapak. Saya dah lepas pantang.

“Sekejap je masa berlari dengan rollerblade ya tuhan. 

“Muka mima sebijik bapak. Bubu tak dapat sekupang pun.

“Alhamdulillah anak bubu sihat sempurna, ni pic fav bubu!!” tulisnya beserta kapsyen.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah anak perempuannnya itu serta berharap agar membesar dengan baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Copy paste?

A post shared by Sarima Samheizy (@sarima_samheizy) on

Selain itu, pasangan popular itu juga turut membuka akaun IG khas untuk bayi keduanya menggunakan nama @sarima_samheizy.

Komen netizen;

Comelnya anugerah Allah…

Dagu bubu sangat ni…

Pinjam sikit pipi pau…

Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply