Peserta Kelainan Upaya Buat Kejutan Di America’s Got Talent Sehingga Ada Yang Mengalirkan Air Mata

Sejak semalam, nama Kodi Lee, 22, menjadi sebutan ramai selepas membuat persembahan di America’s Got Talent.

Mana tidaknya, peserta yang boleh dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan dan autistik ini berjaya menyampaikan lagu A Song For You, dendangan asal Leon Russel dan Donny Hathaway dengan sangat baik.

Dipetik daripada Newsweek, ibu kepada Kodi Lee berkata, ketika pertama kali beliau mendengar Kodi menyanyi, beliau menangis kerana bakat luar biasanya walaupun dia OKU.

“Saya menyedari Kodi memiliki bakat sebagai penghibur dan muzik memberinya semangat untuk teruskan hidup.

“Kodi mengalami hypoplasia saraf optik sejak dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan kritikal seawal usia lima hari, serta disahkan autistik sejak kecil lagi.

“Kodi sentiasa berusaha menjayakan karier muzik dan impiannya untuk menjadi seorang bintang rock terkenal yang menghiburkan ribuan peminat,” katanya.

Selesai persembahan, semua penonton termasuk juri dalam dewan berdiri tanda memberikan sokongan kepada Kodi.

peserta oku buat kejutan di america’s got talent, ada yang mengalirkan air mata

VIDEO :

Rata-rata netizen turut mengalirkan air mata dan mengakui kehebatan Kodi Lee setelah melihat persembahan daripadanya walaupun dia mempunyai kelainan upaya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: era.je

Be the first to comment

Leave a Reply