(GAMBAR) “Pejam celik aku dah nak jadi wali dah” Alif Satar Kongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Puteri Sulungnya

 

PENYANYI dan pelakon popular, Alif Satar bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya, Sha Dila Halid kini hamil lebih kurang enam bulan.

Terbaru, Alif juga berkongsi gambar sempena hari jadi anak perempuannya

“Kami tidak pernah merancang pun, tapi ini adalah rezeki. Anak adalah amanah Allah dan kami bersyukur atas kurniaan ini. Apa saya boleh katakan, tahun ini tahun rezeki saya. Lagipun saya memang mahukan anak ramai,” katanya kepada Harian Metro.

Alif yang juga pengacara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 33) mengakui perlu bekerja keras demi keluarga yang semakin bertambah.

“Allah menjanjikan rezeki bagi setiap anak. Dalam masa sama, membesarkan anak ada cabaran tersendiri terutama dalam zaman serba maju ini. Disebabkan itu, saya kena bekerja keras.

“Apa pun, saya sangat gembira dan teruja. Malah, kedua ibu bapa saya antara yang paling teruja kerana tahun ini saja mereka bakal mendapat tiga cucu apabila dua adik saya pun sedang hamil,” katanya.

Mengenai jantina anak, Alif berharap dikurniakan anak lelaki selepas yang pertama dan kedua adalah anak perempuan.

“Memandangkan sudah dapat dua anak perempuan, jadi saya berharap dikurniakan anak lelaki pula. Namun, dalam soal ini ia ditentukan Allah. Kita hanya boleh cakap saja. Paling penting anak yang bakal lahir sihat, selamat dan sempurna. Insya-Allah, doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.

Alif juga berkongsi, dua anaknya Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2, memanggil anak dalam kandungan isterinya dengan ‘baby brother’.

“Setiap kali pegang perut mak mereka, mesti panggil ‘baby brother’. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin mereka pun teringinkan adik lelaki. Apa boleh dikatakan, nampak keterujaan mereka. Setiap hari bertanya mengenai adik mereka,” katanya.

Beberapa hari lalu selebriti kesayangan tanah air yang cukup dikenali dengan bakatnya yang serba boleh, Alif Satar sekali lagi membuatkan ramai yang ‘jatuh hati’ dengan nyanyian merdunya!

Kali ini rakaman nyanyian cover lagu medley lagu-lagu Bruno Mars pula menjadi tular di sosial media selepas video persembahannya menyanyikan lagu nasyid bersama Raihan menjadi buah mulut netizen. Klik link Video di bawah gambar:

VIDEO

Rakaman terbaru berdurasi kurang dari dua minit itu meraih 188,000 tontonan dengan 16,535 retweets. Memang lunak merdu betul suara Alif Satar ini!

Dah dia jadi Bruno Mars pulak si Alif Satar ni ?

Aku syak dia tertelan radio lah. Makin lama makin sedap pulak suara dia ni. pic.twitter.com/wXs7bfjQ6F

— ℕ???? ℙ???? #????ℝ????? (@NasirPasir) May 20, 2019

Video penuh persembahannya:

Mendayu-dayu sungguh! Rata-rata netizen turut memuji nyanyian dari Alif Satar ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Love teroks dengan suara Alif ni! Tahniah dapat 5M views in 1 week!”

alif satar bruno wars 1

“Suara tak boleh bawa bincang”

alif satar bruno wars 2

Sumber: Nasir Pasir / Alif Satar

via : himpunanceritalawak dan hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply