Tengku Permaisuri Selangor dikurniakan gelaran Datin Paduka Setia

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Setia kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Acara menganugerahkan darjah kebesaran berkenaan dijalankan dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

Pada istiadat yang sama, baginda juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan Bentara Raja kepada anggota kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir, kerabat-kerabat diraja Selangor dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor kepada Datuk Mohd Radzi Abd Latif dan Datuk Jasri Nasip Mat Jakir.

Pelantikan Mohd Radzi, 53, dan Jasri Nasip, 57, yang berkuatkuasa pada 9 Mei lepas, dibuat selaras dengan Subseksyen 57 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Turut menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin adalah tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor iaitu Nadiah Khamis, 43, Mohd Faizal Habib, 36, dan Muhammad Mujahid Ahmad, 43, yang berkuatkuasa pada tarikh sama.

Selain itu di istiadat berkenaan juga enam Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor serta tujuh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk negeri juga menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin yang berkuatkuasa pada 9 Mei lepas. – BERNAMA

Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah pun sah bergelar suami kepada pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman, pada 31 Ogos lalu.

Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti wanita yang berjaya ‘mencuri’ hati baginda ini, bukan?

Norashikin, 45, berasal Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Terdahulu, Norashikin pernah mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan seorang juruterbang Etihad Airlines, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Nur Amanda, 17; dan Adam Salleh, 14.

Sebelum bergelar pembaca berita RTM, Norashikin juga merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan kebangsaan MAS.

Untuk rekod, Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Setakat ini pihak Istana Selangor belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gelaran rasmi protokol untuk Norashikin.

Bagaimanapun pada kelaziman, suri kepada Sultan Selangor diberi gelaran Yang Teramat Mulia Puan Besar Selangor sebelum ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor. 

Sumber : Bharian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Be the first to comment

Leave a Reply