[Foto & Video] Kurung polka dot Ummi Nazeera jadi perhatian

Kata orang, yang simple itu lah lebih menarik dan cantik. Begitu juga dengan penampilan. Di saat wanita lain bergaya sakan dengan baju renda dan sarat sekuin, Ummi Nazeera pula memilih untuk tampil dengan sepasang kurung polka dot merah jambu.

Penampilan manis dan sopan Ummi menggayakan persalinan tersebut sewaktu menjalani sesi fotografi bersama ahli keluarganya menjadi bualan ramai.

Ummi dilihat mengabadikan gambar kenangan bersama suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan puteri sulung mereka, Ayra Aneesah.

Ummi di samping suami tercinta, Dr. Mohd Izzar.

 

Tidak ketinggalan ibu dan abang Ummi iaitu Datuk Maziah Musa dan Nazreem Musa turut serta dalam sesi fotografi tersebut.

Bersama ibunda tersayang, Maziah Musa.

 

Ummi dan abangnya, Nazreem Musa.

 

VIDEO:

Rata-rata warganet tertarik dengan baju kurung merah jambu bercorak polka dot dipakai Ummi dan memuji kecantikan Ummi yang tampak awet muda dengan pilihan baju tersebut.

“Simple baju Ummi, kurung polka dot tapi nampak cantik sangat-sangat”.

“Cantik sangat la Ummi, macam student gitu”.

“Cantik Ummi, patutla anak dara dia pun cantik, comel”.

Penampilan manis Ummi menggayakan sepasang kurung kapas polka dot mendapat pujian ramai.

 

Ada betulnya pendapat ramai tu. Kurung kain kapas tak dinafikan boleh buatkan si pemakai tampil lebih manis, sopan dan lebih muda.

Faktor selesa dan ringkas antara sebab mengapa baju kurung kapas corak polka dot jadi pilihan ramai tak kira untuk gaya santai mahupun ke majlis formal. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram umminazeera

Be the first to comment

Leave a Reply