Serba Mewah Dan Privasi, Intai Wad Bersalin Meghan Markle Yang Menelan Kos RM110 k!

Pernah anda berangan melahirkan anak di hospital bersalin serba mewah yang mungkin mencecah harga dua buah kereta?

Tular di media sosial apabila hospital dan wad bersalin bagi pasangan Diraja, Putera Harry dan Meghan Markle kelihatan serba mewah.

Duchess of Sussex, 37, baru sahaja melahirkan seorang putera lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei yang lalu.

Memetik laporan daripada Daily Mail UK, mereka telah mendedahkan gambar-gambar wad bersalin yang menjadi pilihan pasangan Diraja itu.

Memilih Hospital Portland yang terletak di London, difahamkan harga untuk pakej bersalin boleh mencecah sehingga 15,000 – 20,000 Pound (RM80,000 – RM110,000), bergantung kepada bilik yang dipilih.

Cukup dikenali kerana serba mewah, harga bagi pendaftaran ibu mengandung sebelum melakukan proses bersalin sahaja sudah menelan belanja sehingga 8,000 Pound (RM42,000).

Di dalam sebuah wad bersalin peribadi, ibu diberikan khidmat 24 jam oleh staf yang bertugas, termasuklah dibekalkan kelengkapan mandi dari jenama Molton Brown.

Selain itu, bagi ibu bapa yang selamat menyambut kelahiran bayi, mereka akan diraikan dengan jamuan mewah. Antara hidangan yang dihidangkan adalah udang karang, tiram, foie gras, champagne dan teh, semuanya dihidangkan atas dulang perak.

Tidak dilupakan hadiah barangan mewah sebagai ‘goodie bags’ untuk pasangan yang memilih melahirkan anak mereka di hospital itu.

Untuk ibu yang mahu tinggal lebih lama dari hari yang sepatutnya, mereka akan dicas 1,800 Pound (RM10,000) untuk satu malam.

Memetik laporan Daily Mail lagi, pasangan Diraja tersebut telah menginap di sana sehari awal sebelum melahirkan putera mereka pada jam 5.26 pagi, 6 Mei 2019.

Selain Markle, seorang lagi keluarga Diraja yang pernah melahirkan anak di hospital mewah itu adalah Duchess of York, Sarah Ferguson ketika melahirkan Puteri Eugenie dan Beatrice.

Hospital itu sebelum ini turut menjadi pilihan selebriti lain seperti Victoria Beckham, Liz Hurley dan Jools Oliver.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply