Pengorbanan besar yang dilakukan petani miskin ini membolehkan anaknya bergraduasi akhirnya

Adalah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya. Mereka tidak mahu wang atau nama atas kejayaan anak-anak malah apa yang mereka inginkan ialah anak-anak mereka memiliki hidup yang lebih baik dari mereka. Mereka hanya mahu melihat anak-anak hidup selesa dan keluar daripada kesusahan hidup mereka. Jadi, untuk mencapai tujuan itu mereka sanggup berkorban dan bekerja keras asalkan anak-anak mereka mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

Impian seorang petani miskin untuk melihat anaknya, Peso berjaya akhirnya menjadi kenyataan apabila anak lelakinya berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti. Melihat gambar Peso yang segak berjubah konvokesyen bersama ayahnya telah menyentuh hati jutaan orang yang melihatnya.

Ibu Peso meninggal dunia sejurus melahirkannya dan sejak itulah, ayah Peso yang menjaga dan membesarkannya. Mereka hidup dalam serba kekurangan. Ayah Peso telah menjual semua hartanya demi membayar yuran pengajian Peso.

Ayahnya tidak pandai membaca dan kerana itulah dia mahu anaknya menjadi pandai. Berkat kesungguhan si ayah bekerja, akhirnya Peso berjaya menamatkan pengajian dari Ratchpatr University di Chiang Rai, Thailand. Kejayaan ini memang cukup membanggakan kerana tidak semua orang miskin berpeluang menghabiskan persekolahan.

Ketika gambar itu diambil, ayah Peso sedang sibuk dengan kerja-kerja di ladang dan masih ada banyak debu di tubuhnya. Memandangkan pakaiannya kotor, dia dilihat berhati-hati ketika mengambil gambar supaya jubah anaknya tidak kotor.

Namun, Peso tetap memegang ayahnya dengan erat. Dia tidak kisah dengan bajunya kerana apa yang penting ialah tanpa ayahnya, dia tidak mungkin dapat menyarung jubah tersebut.

Peso juga memberitahu bahawa akibat kemiskinan keluarga, dia sering mengalami masalah untuk membayar yuran ketika bersekolah dahulu. Namun, mujurlah guru-gurunya sering memberikan pertolongan dan sokongan. Kini, Peso sudah berjaya menamatkan pengajiannya dan dapat membantu ayahnya mengubah hidup mereka menjadi yang lebih baik.

Sumber: omgtw , wereblog via erabaru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply